Tolonglah Sedar.. 6 Perkara Paling Banyak Wanita Bertudung Selalu Abaikan Dalam Penjagaan Aurat!
Ramai wanita muslim hari ini telah merosakkan dan menjatuhkan imej tudung, apabila pemakaiannya hanya bertudung tapi bertelanjang. Mereka sudah terpengaruh dengan gaya pemakaian berfesyen/ trend semasa yang melanggar syariat.
Bertudung saja sudah cukup bagi mereka. Hanya rambut perlu ditutup, bahagian lain diabaikan Saja. Terdedah sana..terdedah sini. takpe… asalkan pakai tudung.
Ini kesilapan-kesilapan ramai wanita bertudung/hijab selalu lakukan dalam menutup aurat;
1- Bertudung, Tapi Ada Rambut Terjuih Keluar
Bertudung tetapi amat longgar dan menayangkan jambul dan hujung rambutnya. Sehelai rambut yang diperlihat kepada seorang lelaki, satu dosa anda dapat. Kalau sehelai rambut sengaja diperlihat kepada 10 lelaki maka 10 dosa anda dapat. Tahukah berapa ribu helai rambut anda? Dan tahukah berapa ribu lelaki yang akan anda temui hampir siap hari lebih-lebih lagi bila anda upload gambar di facebook.
2- Bertudung, Tapi Singkat, Nipis sehingga boleh dilihat sanggul, leher, tengkuk dan dadanya.
Bertudung tetapi tudungnya dilempar ke belakang dan terbelit-belit di leher, maka terdedahlah dadanya dari ditutupi kain tudung. Kerana terikutkan fesyen/trend yang mahu kelihatan bergaya, aurat ditolak tepi.
Hakikat trend tudung, gadis-gadis di luar sana, ada beberapa hakikat yang anda perlu terima. Kajian menunjukkan lelaki lebih suka anda pakai tudung biasa. Jangan tertipu dengan model tudung. Dia pakai nampak cantik sebab muka dia memang cantik. Pakai tudung dia takkan membuatkan muka anda jadi cantik secara magic. Pemakaian hijab, mesti menutup dada!
3- Bertudung Tapi Menampakkan Bentuk Badan (Berpakaian Ketat)
Gaya ini paling ramai gadis-gadis bertudung suka pakai. Bertudung tapi bertelanjang. Tidak ada bezanya dengan perempuan FreeHair. Hanya bertudung tapi menampakkan seluruh susuk tubuhnya dengan mengenakan pakaian ketat, bajunya sendat, sempit dan nipis.
Badan saiz XL tetapi pakai baju saiz S. Banyak sangat sekarang ini, atas dah elok, tapi pakai baju sendat dan berseluar ketat menampak bentuk peha serta betisnya. Apa gunanya BERTUDUNG?
Ini masalahnya apabila diri kurang mendengar kuliah atau ceramah agama tentang pedihnya azab di akhirat nanti buat mereka yang mengabaikan aurat. Sebahagian wanita menyangka bahawa tutup aurat tu adalah tutup rambut sahaja. Ia adalah tidak tepat sama sekali.
4- Bertudung Tapi Menampakkan Lengan
Wanita Islam menggayakan pelbagai cara untuk menutup aurat. Namun, dalam kesibukan tersebut, selain dari hal mempamerkan bentuk tubuh, satu lagi aurat yang dipandang remeh adalah LENGAN. Mereka mengenakan tudung, tapi memakai T-Shirt lengan pendek, bahkan ada juga yang mengenakan sarung lengan yang ketat disamping pemakaian T-Shirt lengan pendek tersebut dengan anggapan mereka, mereka telah menutup aurat mereka sebaiknya.
5- Bertudung Tapi Nampak Kaki
Kaki adalah aurat. Perempuan tidak wajib pakai stokin kaki, tetapi wajib tutup kaki. Terpulang nak pakai kasut Phua Chu Kang ke.. janji tutup aurat (kaki). Dengan mudah fahamnya, seperti mana aurat di dalam Solat, seperti itulah aurat di luar solat. Maka, kaki, lengan, rambut, tubuh adalah AURAT.
6- Bertudung Dengan Style Bonggol
Fesyen Tudung sanggul bonggol unta ada yang mengatakan ianya HARAM dipakai. Dalam hadis yang mengatakan :
Daripada Abu Hurairah r.a : Bersabda Rasulullah s.a.w: “Dua golongan daripada Ahli Neraka yang belum pernah aku melihatnya (wujud) iaitulah: Kaum yang bersama mereka itu cemeti-cemeti seperti ekor lembu, memukul manusia, dan kaum wanita yang berpakaian tetapi telanjang, mereka itu mengajak manusia menjauhi perintah Allah dan mereka sendiri menjauhi perintah Allah, kepala mereka seakan-akan bonggol-bonggol unta yang senget, mereka ini (dua golongan ini) tidak masuk ke syurga dan tidak pula mendapat baunya sedangkan baunya dapat dihidu dari jarak sekian dan sekian.
– (H.R. Muslim, Ahmad, al-Baihaqi dalam al-Kubra, dan al-Tabrani dalam Mukjam al-Awsat).
Jadi ini menunjukkan bahawa pada asalnya mereka memakai dan menutup, tetapi kaedah cara memakai itu tidak kena. Sanggulnya sepatutnya boleh diikat kecil tetapi dia sengaja membuat sanggulnya tinggi seperti thailand punya pagoda. Ini tidak dibolehkan.
Apatah lagi pada hari ini mereka menjual sanggul yang sudah siap (sanggul tiruan). Kita memahami bahawasanya sekiranya rambut seseorang itu panjang maka ia perlu diikat, tetapi bukanlah mengikat secara melampau sehingga naik menonjol. Bonggol unta maksudnya ia menonjol naik. Apatah lagi bagi yang tiada rambut sangat tetapi dia sengaja pergi tambah, itu lebih kacau!
Apa-apa pun, menutup aurat itu syariat tetapi bertudung itu fesyen daripada manusia. Bertudung tidak semestinya menutup aurat.
Menutup aurat itu ialah dengan menutup dada, punggung, bawah dagu dan segala lekuk serta bentuk pada tubuh dengan kain yang tebal bukan yang kain tipis dan berbayang. Jauh bezanya wanita yang menutup aurat kerana Allah dengan yang bertudung kerana fesyen dan mengharap perhatian manusia.