no comments

Bertudung Menutupi Dada, Berjaket dan Pakai Seluar Longgar, Penampilan Terkini Erynne Erynna Buat Hati Netizen Gembira

Bagi yang pernah mengenali pemilik nama Erynne Erynna yang pernah popular sekitar tahun 2005 dan ke atas pasti terkejut dengan penampilan beliau terkini. Erynne mula bergiat aktif dalam bidang lakonan sekitar tahun 2004 dan pernah memenangi anugerah pelakon kanak-kanak terbaik dalam Festival Filem Malaysia ke 21 (FFM21) pada tahun 2008.

Beliau telah berkahwin dengan pasangan pilihannya Afify dan telahpun bergelar seorang ibu kepada seorang cahaya mata.

Antara filem yang beliau terlibat adalah filem Cinta (2007), Congkak (2008), Damping Malam (2010) dan 8 Jam (2012).

Terkini, penampilan terbaru Erynne yang telah dikongsikan di instagram ternyata telah menarik perhatian netizen.

Melalui perkongsian beliau di akaun instagram miliknya, Erynne dilihat bergaya mengenakan hijab sambil menutupi bahagian dadanya.

Bukan itu sahaja, pelakon popular menerusi filem Cinta ini juga memakai jaket dan seluar yang bersaiz longgar. Pakaian yang dipakai beliau dilihat cukup patuh syariah yang memenuhi ciri-ciri pemakaian menutup aurat sebenar menurut islam.

Erynne berkongsi, beliau sebenarnya hanya ingin sekadar mencuba dan percaya perubahan itu boleh bermula secara berperingkat.

“Just trying out for now. Slowly but surely. InsyaAllah, tulisnya secara ringkas pada caption posting.

Erynne juga berkongsi gayanya dalam bentuk video untuk tatapan pengikutnya di instagram.

Menjengah di ruangan komen, rata-rata warganet memberikan pujian kepada imej muslimah yang ditonjolkan oleh Erynne dan mendoakan beliau dipermudahkan urusan dalam usaha membuat perubahan ke arah yang lebih baik

Berikut antara komentar yang diberikan pada posting Erynne.

“Sukanya tengok awak dear,InsyaAllah”

“Awak nampak sangat comel dengan gaya hijab tersebut” Slowly but surely InsyaAllah.

“Awak nampak bertambah cantik. Alhamdulilah”

“Alhamdulilah. Semoga istiqamah.”

“Comel macam budak sekolah. Semoga dipermudahkan dan sentiasa dalam lindunganNya. Begitulah antara respon yang diberikan oleh warganet.

Untuk makluman anda, Erynne juga pernah menjayakan drama-drama seperti The Gadis, Bisikan Syaitan dan Jubah dari Mekah.

Semoga perkongsian ini akan memberikan inspirasi kepada anda diluar sana untuk membuat perubahan yang lebih baik demi mencari keredhaan Allah S.W.T.

Reply

facebook KLIK PANGKAH 2 KALI UNTUK TUTUP Button Close