no comments

Berkali-Kali Mika Keluar Masuk Api Selamatkan Anaknya. Sedih Tengok Keadaan Ibu Kucing Ini

Ibu mana yang sanggup membiarkan anaknya dalam bahaya, bukan sahaja manusia, haiwan pun akan melakukan perkara yang sama jika melihat anaknya berada dalam keadaan bahaya atau tidak selamat. Pernahkah anda melihat pengorbanan ibu haiwan di depan mata anda, mungkin pernah, mungkin juga sekadar mendengar cerita, tetapi perkongsian kali ini akan mendedah kisah realiti seekor ibu kucing yang luar biasa.

Seorang ibu pastinya mempunyai naluri yang kuat untuk melindungi anak-anaknya sendiri, bukan sahaja manusia, malah naluri tersebut turut dianugerahkan kepada haiwan. Hakikatnya naluri ibu bapa adalah paling kuat untuk bertindak melindungi anak, namun banyak kisah-kisah yang kita baca, ianya mempunyai kelebihan kepada ibu dengan naluri yang lebih kuat.

Kita sendiri sebagai anak mungkin tidak faham atau sedar sejauhmana ibu kita sedang mengawasi kita dan melindungi kita dari sebarang ancaman bahaya. Ini kerana kita tidak pernah menghadapi keadaan yang bahaya atau mencemaskan. Namun hakikat sebenar, ibu kita akan sentiasa menjaga dengan penuh kasih sayang dan naluri keibuan ini wujud untuk semua makhluk ciptaan tuhan.

Inilah yang dapat dilihat kepada seek0r ibu kucing semasa dia menyedari anak kucingnya berada dalam bahaya selepas kandangnya terbἀkar dan mengἀncam nyawa anaknya. Kucing tersebut dibela bertujuan untuk menjaga ladang dari diganggu oleh tikus dan cuba mengawal populasi tikus disitu.

Semasa proses perapian, kandang tersebut terbakar sehingga memerangkap bahagian dalam anak kucing yang sedang asyik makan di waktu tengah hari. Ibu kucing itu berlumba-lṳmba ke dalam api berkali-kali dan tidak mempedulikan dirinya sendiri. Ibu kucing tersebut cuba menyelamatkan anak-anak kucing yang masih kecil itu.

Sangat menyedihkan, hanya seekor sahaja anaknya yang berjaya diselamatkan, namun ibu kucing itu tersendiri tidak terlepas dari sambaran api, kakinya terbakar dan bulunya juga turut menerima kesan yang sama hingga ke seluruh badannya. Pemiliknya tidak mampu membayar kos klinik untuk merawat dan berusaha mendapatkan rawatan dengan kaedah lain. Paru-paru ibu kucing itu juga turut terkesan kerana tersedut asap.

Ibu kucing berkenaan dilaporkan mengalami kecederaan kerana kesan kebakaran di bahagian perut, kaki dan telinganya.

Kata pemiliknya

“jika kami mengalami situasi kecemasan seperti ini, tidak kiralah pusat kami sudahpun penuh, saya akan berjuang sehabis baik untuk menjaganya, kata wakil Furget Me Not, Christine Koltun.

Setakat ini, usaha rawatan yang telah dijalankan ialah melakukan imbasan x-ray serta diberi ubat penenang dan antibiotik. Rawatan untuk kulitnya melecur juga dilakukan supaya segera sembuh. Mengikut perancangan, rawatan untuk bahagian lecurnya dilakukan dengan cara penggunaan ubat-ubatan dan tampalan pada luka lecurnya dan akan dipantau setiap 8 jam. Ini kerana luka lecurnya agak serius.

Ini adalah salah satu daripada ibu-ibu kucing dan anak kucing yang telah mereka bἀntu pada satu tahun yang sangat menggembirakan ini. Walau bagaimanapun, tiada ancἀman untuk meninggalkannya pada masa dia memerlukannya. Mereka tetap berusaha sehabis baik untuk memastikan semua kucing dibawah jagaannya menunjukkan prestasi kesihatan yang semakin baik.

Sekiranya kucing ini telah pulih, rawatan ini tidak terhenti disitu sahaja, malah usaha memandikan, memvaksin dan suntikan mikrocip turut dilakukan sebelum mereka dipindahkan ke tempat lain yang lebih selamat.

Difahamkan, kini kucing tersebut telah dipindah kepada pemilik yang baharu dan dijaga dengan penuh kasih sayang oleh tuannya yang baharu. Syukur anaknya juga sihat dan boleh makan sendiri.

Diharapkan perkongsian ini dapat membuka mata hati kita untuk mencintai haiwan kerana mereka telah menunjukkan teladan yang baik kepada kita untuk bermuhasabah diri.

Reply