no comments

Berita Tergempar: Khairy Bakal Umumkan Sesuatu 11.30 Pagi Ini

Nampaknya semua rakyat Malaysia mula tertanya-tanya apabila Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin telah membuat satu kenyataan ringkas di Twitter sebentar tadi.

Dalam kenyataannya itu, Khairy sertakan bersama satu poster yang bertulis, Sidang Media Khas Menteri Kesihatan 3 Disember 2021 11.30 Pagi. Siaran langsung itu akan disiarkan di laman facebook.

“Saya akan menyediakan beberapa (maklumat) kemas kini pada 11.30 pagi hari ini,” katanya dalam satu kenyataan ringkas di Twitter sebentar tadi.

Sidang Media Khas Menteri Kesihatan tersebut boleh ditonton menerusi saluran Facebook Live di laman Facebook rasminya Khairy Jamaluddin.

Sebarang maklumat terkini mengenai sidang media itu akan dilaporkan dalam laporan selanjutnya.
Dari posting yang dibuat oleh Menteri Kesihatan itu, ramai mula tertanya-tanya apa yang akan diumumkan oleh menteri itu.

Adakah berita baik bakal diumumkan? Atau mungkin berita yang kurang enak akan diumumkan oleh YB Menteri Kesihatan? Sama-sama kita nantikan.

Berita penuh menyusul. Sama-sama kita tunggu pengumuman yang akan dibuat tepat jam 11.30 pagi ini 3 Disember 2021.

Reply