Bendera Malaysia Jalur Gemilang Maksud Lambang Dan Warna
Bendera Malaysia yang digunapakai sekarang ini mula diperkenalkan pada Mei tahun 1950. Dan namanya telah diubah kepada Jalur Gemilang pada tahun 1997 sempena Hari Kemerdekaan negara ke-40.
Asal usul Jalur Gemilang bermula pada tahun 1949. Melalui perkenan Majlis Raja-Raja, sebuah jawatankuasa telah diwujudkan bagi menilai dan membuat perakuan berkaitan dengan rekabentuk bendera untuk Persekutuan Tanah Melayu yang baru. Sebuah pertandingan mereka bentuk bendera telah diadakan oleh Majlis Perundangan Persekutuan Tanah Melayu dan 3 rekabentuk telah terpilih untuk penilaian akhir.
Rekabentuk milik Mohamed bin Hamzah telah dipilih sebagai pemenang pertandingan tersebut dan kemudiannya diperakui oleh Majlis Raja-Raja pada 23 Februari 1950. Namun rekabentuk tersebut telah di buat beberapa pindaan iaitu bulan sabit dan bintang yang asal warnanya putih telah ditukar ke kuning bagi melambangkan warna diraja. Pada 26 Mei 1950, kali pertamanya bendera Persekutuan Tanah Melayu mula dinaikkan di perkarangan Istana Sultan Selangor di Kuala Lumpur.
Jalur
Menggambarkan Bendera Malaysia yang mempunyai 14 jalur merah dan putih
Lambang jalur pada Bendera Malaysia menggambarkan satu haluan yang lurus, hala tuju yang sama dan arah yang sama yang diamalkan oleh rakyat negara ini dari Perlis sampailah ke Sabah menuju ke arah kegemilangan bangsa dan negara
Gemilang
Memberi pengertian bercahaya, terang dan cemerlang
Bendera Malaysia Jalur Gemilang memberi maksud bahawa jalur ataupun bendera itu adalah simbol kecemerlangan negara Malaysia juga rakyat Malaysia dalam melibatkan apa jua bidang kehidupan sama ada di dalam atau di luar negara
Kesungguhan, kegigihan dan kesanggupan rakyat untuk mengangkat imej negara, sesungguhnya sentiasa diberi petunjuk dan juga pedoman yang terang lagi jelas
Biru
Menunjukkan perpaduan rakyat yang terdiri daripada berbilang kaum di negara ini seperti Melayu, Cina, India dan lain-lain
Merah
Menggambarkan keberanian dan kesediaan dalam mengharungi segala jenis cabaran demi negara yang tercinta
Putih
Simbol kesucian dan keluhuran hati rakyat dalam mengangkat nama negara ke persada dunia
Kuning
Menunjukkan warna Diraja, secara khususnya melambangkan kedaulatan Raja-Raja Melayu yang Berperlembagaan
Bulan & Bintang
Melambangkan Agama Islam sebagai agama persekutuan negara
Bintang Pecah 14
Melambangkan perpaduan 13 buah negeri dan 1 wilayah persekutuan
14 Jalur
4 jalur berwarna merah dan putih yang sama lebar menunjukkan 13 buah negeri anggota dan sebuah Wilayah Persekutuan yang memiliki keanggotaan yang sama dalam negara Malaysia