no comments

Bekas Pengarah SPRM Didakwa Salah Guna Kuasa

Bekas Pengarah SPRM Didakwa Salah Guna Kuasa

Bekas pengarah operasi khas Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Datuk Bahri Mohamad Zain yang menimbulkan kekecohan baru-baru ini dengan persaraan awalnya, kali ini didakwa terbabit dalam penyalahgunaan kuasa.

Bahri didakwa menyekat siasatan polis ke atas isterinya dalam pertikaian wasiat.

Bahri didakwa menyalahgunakan kuasanya bagi memastikan tiada tindakan diambil ke atas laporan polis yang dibuat terhadap isterinya.

Satu sidang media akan diadakan Jumaat ini bagi membongkar dakwaan penyalahgunaan kuasa itu, kata pembantu penganjur acara itu, Firdaus Kader kepada FMT.

Firdaus berkata, isteri Bahri didakwa terbabit dalam pertikaian wasiat yang ditinggalkan abangnya, Zamri Abdullah yang juga bekas presiden Kolej Islam Sains Teknologi (Kist).

“Kami akan kemukakan bukti Jumaat ini dan mereka yang terjejas akibat penyalahgunaan kuasa Bahri juga akan hadir.

“Kami percaya Bahri menggunakan kedudukannya dalam SPRM bagi memastikan laporan polis yang dibuat ke atas isterinya tidak diendahkan,” kata Firdaus.

Sementara itu, sumber yang rapat dengan Bahri memberitahu FMT ini adalah usaha jelas untuk memfitnah bekas pengarah SPRM itu, selepas pendedahannya ketika mengumumkan persaraan awalnya, baru-baru ini.

“Bahri menafikan dakwaan ini (salah guna kuasa).”

Ditanya sama ada Bahri akan mengambil tindakan terhadap mereka memfitnah beliau, sumber itu berkata: “Beliau tidak mahu membuat laporan balas terhadap kakak iparnya kerana menghormati si mati (Zamri).

“Dan beliau (Noraihan) ada anak untuk dibesarkan, jadi beliau mengambil berat tentang mereka.”

Free Malaysia Today

Reply