no comments

“In The Beginning” Jacob Zuma Letak Jawatan Sebagai Presiden Afrika Selatan

Jacob Zuma akhirnya tunduk dengan meletakkan jawatannya sebagai Presiden Afrika Selatan ke-4 semalam, selepas parti pemerintah Kongres Nasional Afrika (ANC) berpaling tadah daripada menyokong pemimpin itu.

“ANC tidak sepatutnya berpecah-belah kerana saya. Oleh itu, saya memutuskan untuk meletak jawatan,” umum Zuma ketika berucap kepada rakyat.

Zuma didakwa terbabit dengan skandal rasuah sejak sembilan tahun lalu, selain masalah kemelesetan ekonomi negara itu dan kekurangan sokongan terhadap kepemimpinannya.

Presiden berusia 75 tahun itu turut menyelar tindakan ANC yang memecat beliau daripada jawatan berkenaan apabila parti itu mengancam untuk mengemukakan usul tidak percaya di Parlimen dan proses undian dijangka berlangsung hari ini.

 

Dalam siaran langsung selama 30 minit menerusi televisyen tempatan, Zuma berkata, beliau membuat keputusan untuk meletakkan jawatan sebagai presiden republik itu berkuat kuasa serta merta.

Sebelum ini, pemimpin Afrika Selatan itu berdepan masalah perebutan kuasa dengan bekas ahli perniagaan bertaraf jutawan, Cyril Ramaphosa yang menyandang jawatan sebagai timbalan presiden.

Ramaphosa kini dilantik sebagai presiden sementara Afrika Selatan.

Beliau yang dipilih untuk menerajui ANC dalam pemilihan pada Disember lalu, dijangka dilantik sebagai presiden baharu Afrika Selatan dalam proses undian selewat-lewatnya esok.

AFP via BHarian

Reply

facebook KLIK PANGKAH 2 KALI UNTUK TUTUP Button Close