Dituduh Bawa Pistol, Adik Farid Kamil ‘Sound’ Director! Tampil Perjelaskan Hal Sebenarnya…
Selepas dakwaan pengarah, Shuhaimi Lua mengatakan Datuk Farid Kamil membawa sepucuk pistol ke lokasi penggambaran, adiknya Fadzil Zahari tampil mengesahkan pistol yang ‘dibawa’ abangnya itu sebenarnya merupakan ‘props’ penggambaran.
Kata Fadzil, pistol tersebut bukan bukan milik Farid Kamil yang di bawa ke set penggambaran, seperti didakwa Shuhaimi Lua sebaliknya ia merupakan ‘props’ dari set penggambaran itu sendiri.
“Pistol itu pistol mainan. Ia ‘props’ yang digunakan untuk penggambaran itu. Apa motif Shuhaimi memberi kenyataan yang mengelirukan orang ramai?
“Dia sebagai pengarah di situ, takkan tidak tahu ‘props’ penggambaran hilang? Itu sahaja yang boleh saya komen setakat ini,” jawabnya ringkas ketika diminta mengulas mengenai kenyataan pengarah Shuhaimi Lua kepada sebuah akhbar, hari ini.
Menerusi akhbar tersebut Shuhaimi Lua mendedahkan selain menampar pelakon Ridzuan Hashim (KING), Farid turut membawa sepucuk pistol ke lokasi penggambaran drama arahannya, ‘Uniknya Cinta‘.
Shuhaimi mendakwa dia ternampak pistol dipinggang aktor tersebut tetapi tidak pasti keaslian senjata api itu.
“Saya melihat dia membawa pistol yang berada di pinggangnya, tapi tidak tahu keaslian pistol itu. Memang keadaan dia tidak terurus, malah dia tidak memakai selipar pada ketika itu.”
Dakwa Shuhaimi lagi, pelakon Lagenda Budak Setan itu turut menengking seorang jurukamera tanpa sebab.
“Tiba-tiba dia menengking jurukamera saya sambil bertanya: “Kau belajar dengan siapa?” beberapa kali dengan suara yang sangat kuat sehingga membuatkan kami di set penggambaran terkejut.”
“Dia bukan pelakon dalam drama saya tapi mungkin dia datang kerana lokasi penggambaran itu milik Sofi Jikan, sahabatnya,” kata Shuhaimi Lua.
Tempoh tahanan reman farid selama 4 hari akan tamat esok (Isnin) selepas perintah mahkamah dikeluarkan Majistret Zaki Asyraf Zubir, bagi membolehkan siasatan dibuat mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan; Seksyen 90 Akta Polis; Seksyen 15 (1) (a) Akta Dadah Berbahaya 1952 dan Seksyen 353 Kanun Keseksaan.
–Astro Gempak,Utusan Online