Bawa Diri Ke Perancis Sejak Usia 22 Tahun, Ini Keadaan Terkini Datuk Shake
Siapa yang masih ingat dengan Datuk Shake? Penyanyi lagenda di Malaysia sepanjang zaman. Sudah tentu figura legenda ini tetap dirindui walaupun sudah sekian lama beliau menetap di bumi Perancis sejak tahun 70-an lagi. Dato Shake kini cukup bahagian dengan kehidupannya terkini bersama isteri dan anak cucu di negara orang.
Beliau yang popular dengan nama Dato Shake atau nama sebenarnya Sheikh Abdullah Ahmad Bahweres masih menjadi ingatan peminat sehingga kini. Lagu-lagu dendangan beliau yang popular dahulu sampai sekarang kekal menjadi siulan dan boleh dikatakan antara karya malar segar di Malaysia.
Zaman kegemilanganya, beliau yang merupakan anak jati johor ini adalah berketurunan Yaman dan mula menonjolkan diri sebagai penyanyi dengan beberapa lagu ‘hitsnya’ seperti Umi, Anugerah Dari Kegagalan dan Lina.

Mengimbau perjalanan peringkat awal kariernya sebagai penyanyi, Datuk Shake telah ‘terbang’ ke luar negara untuk membina namanya ketika berusia 22 tahun. Beliau membawa diri dan bakatnya dengan menyanyi di kelab malam. Ternyata usahanya itu membuahkan hasil. Namanya cukup dikenali ramai di bumi Perancis.
Mempunyai bakat dan vokal bertaraf ‘international’ Dato Shake berjaya membuktikan kemunculanya dalam persada seni nyanyian yang boleh membawa impak yang tinggi. Maka tidak hairanlah bakatnya itu telah diterima sehingga ke Perancis termasuklah di beberapa negara Eropah yang lain. Dato Shake selain itu turut membuktikan beliau mampu menyanyikan lagu-lagu bahasa Perancis dengan baik. Wah sungguh hebat sekali!.

Untuk makluman anda, Dato Shake sehingga ke hari ini telah memiliki 10 buah album termasuk ‘Kau Bungaku’ pada tahun (1983), Bicara Tentang Cinta (1984), Cinta dan Hidup (1984) dan Chameleon (2012).
Lebih menarik, di negara Perancis jugalah beliau bertemu jodoh dengan isterinya sekarang Datin Melina Shake Abdullah yang merupakan seorang wanita Perancis berketurunan Czechoslovakia. Pasangan itu dikurniakan empat orang anak iaitu sepasang anak kembar bernama Nicholas dan Amaro, Natacha dan Mina.
Anak kembarnya yang mewarisi ketampanan Ayah.

Berbicara tentang anak kembar Dato Shake Nicholas dan Amaro, menerusi gambar yang dikongsikan, jelas kelihatan kedua anak kembarnya itu mewarisi ketampanan ayahnya semasa muda.

Amaro atau nama sebenarnya Amaro Aizul Shake mempunyai karakter seorang yang tegas dan bukanlah mudah untuk mengukir senyuman. Dari segi pemikirannya, Amaro dilihat lebih matang dari usiany sebenar. Nicholas pula adalah seorang pelakon yang sedang mencipta nama di Hollywood dan pernah menjadi pelakon beberapa filem yang hebat.
Dato Shake turut diurus oleh beberapa orang pembantu, aktiviti seni beliau juga turut disokong oleh isterinya. Walaupun sibuk dalam bidang seni, Datuk Shake tetap tidak lupa akan tanggungjawabnya sebagai suami dan bapa. Datuk Shake sendiri begitu tegas dan menitikberatkan soal pendidikan terhadap anak-anaknya.
Dalam bab agama pula, Dato Shake turut berkongsi ceritanya:

“Saya mengajar sendiri isteri dan anak-anak untuk mengaji semasa berada di rumah. Saya terangkan kepada mereka mengenai ajaran islam supaya mereka tahu tentang latar belakang keluarga kami. Syukur Alhamdulilah, mereka dapat terima apa yang saya ajar kepada mereka” ujar Dato Shake ketika ditemubual oleh Utusan.
Walaupun usianya kini sudah mencecah 70 tahun, namun beliau kelihatan masih kacak, bergaya dan bertenaga. Selain aktif bermain tenis di masa lapang, Dato Shake juga mendedahkan
“Pada usia saya yang kini sudah 70 tahun, saya masih lagi mengikuti latihan vokal. Aktivit itulah yang ‘memudakan’ kita sebenarnya. Selain latihan vokal, saya nak kena jaga makan dan kesihatan untuk menjaga kecergasan badan”