no comments

Bau Teramat Busuk Datang Dari Siling Rumah. Setelah Dipecahkan Siling Sungguh Tak Di sangka..

“Rumahku Syurgaku” itulah perumpamaan semua orang apabila tinggal di rumah bersama dengan keluarga. Tidak kisah rumah besar atau kecil, pastikan ianya bersih dan selesa untuk didiami.

Namun berbeza pula dengan kisah ini , kejadian yang mungkin akan menjadi ‘mimpi ngeri’ buat siapa yang menghadapinya.

Ceritanya bermula apabila dirumahnya terdapat bau busuk yang teramat sangat dan berpanjangan berhari-hari.

Ini menyebabkan keluarga tersebut mula berasa hairan, dari manakah datangnya bau itu, seolah bau bangkai binatang yang datang entah dari mana.

Bermula dengan air karat yang menitis dari siling rumah..

Gambaran lebih jelas lubang pada siling

Pemilik akaun facebook dengan nama Berung Marah yang berkongsi di group facebook Tukang Apa Hari Ini, mengatakan air karat tersebut berwarna merah yang berterusan menitik dari siling rumah.

Tambah beliau lagi, “dalam dua tiga hari lepas, bilik air saya bau semacam, macam bau clorox pun iya juga”

“Lepas tu tiba-tiba ada air menitis dari siling, mungkinkah sebab hujan , takpun air karat”

“Tapi pelik juga sebab baunya masam, ada juga terdetik air merah kehitaman ni macam darah” kongsi Berung Marah lagi.

Ambil keputusan untuk pecahkan siling,dah tak tahan sangat..

Selepas bau yang amat busuk ini berlarutan, mereka sekeluarga membuat keputusan untuk pecahkan siling kerana ingin tahu mungkin terdapat sesuatu disebalik siling tersebut.

“Pagi Selasa yang lalu, lepas basuh bilik air , bau tu masih jugak ada lagi, masa tu kami dah rasa sesuatu yang tidak kena, dan kami putuskan untuk pecahkan sahaja siling itu”.

“Yang berusaha pecahkan bumbung tu ‘superhero’ rumah kami iaitu bapa saya, saya bagi moral support aje dari bawah”

Apabila dipecahkan siling tersebut, amat-amatlah terkejut saya ,terus hilang semangat, lari keluar rumah dan muntah..

Terus terkejut satu keluarga apabila dijumpai bangkai musang diliihat tergantung di atas siling rumah. Sebelum mereka menebuk siling tersebut , mereka hanya menganggap kesan hitam pada siling itu hanyalah berpunca dari bumbung yang bocor. Namun ia adalah sebaliknya, malah lebih mengerikan.

“Masa tu, tak ade rasa suspicious sangat sebab tengah musim hujan kan,ni mesti air karat yang mengalir. Tapi rupa-rupanya iyakhhhh”.

Akhirnya mereka telah menanam bangkai tersebut. Kesan dari pengalaman aneh ini, mereka sekeluarga agak sukar untuk melupakan peristiwa ini.

Tambah mereka lagi, walaupun tragedi ini mengerikan buat mereka, tetapi, di kawasan perumahan mereka yang terletak di Johor ini, telah menjadi kebiasaan musang berkeliaran di kawasan rumah mereka.

“Sebelum ini, dah memang tiap malam musang berlari di atas bumbung rumah kami, ada yang siap curi pisang lagi tu”

“Kalau masa kami bersolat tarawih di masjid pun , musang-musang ini lah yang selalu meriahkan suasana di masjid” Katanya.

Individu yang menggunakan nama Berung Marah ini juga sebelum ini ada berkongsi kisah mereka dalam group facebook Tukang Apa Hari ini, berikut adalah perkongsian beliau.

Selepas kejadian itu, mereka berusaha untuk menghilangkan bau bangkai tersebut. Ia memakan masa yang agak lama, selepas berita ini tersebar di media sosial. Baunya masih belum hilang.

Kejadian ini bolehlah kita jadikan iktibar untuk sentiasa ambil berat keadaan sekeliling rumah. Kerana mungkin ada perkara-perkara yang diluar penglihatan biasa kita setiap hari.

Jika terdapat perkara aneh seperti ini, haruslah kita cepat bertindak sebelum kejadian lebih buruk berlaku.

Reply