no comments

Bas Bawa Murid Sekolah Rempuh Tembok Tol, 10 Cedera

kemalangan-bas-tol

Bas Bawa Murid Sekolah Rempuh Tembok Tol, 10 Cedera

Sebuah bas persiaran yang membawa 33 pelajar dan 4 guru sekolah merempuh tiang plaza tol Ipoh Selatan di sini, hari ini. Sekurang-kurangnya 10 murid dan guru SRJKC Jit Sin, Bukit Mertajam, Pulau Pinang, cedera.

Dalam kejadian 5 petang itu, bas berkenaan membawa murid tahun enam dalam perjalanan pulang ke Pulau Pinang dan singgah di Ipoh selepas mengadakan lawatan di Melaka dan Cameron Highlands.

Guru pengiring, Ng Kim Pee,56, berkata, dia yang duduk di belakang pemandu mendengar jeritan pemandu mengatakan brek tidak berfungsi.

Katanya, dia panik apabila mendengar jeritan itu sebelum bas itu melanggar tiang plaza tol berkenan.

“Saya tidak sempat berbuat apa dan tidak sempat memberi arahan kepada murid-murid kerana kejadian itu berlaku dengan begitu pantas.

3

“Bas itu terus menghentam tiang plaza tol sebelum murid-murid terhentak di kerusi hadapan serta cermin bas menyebabkan lebih 10 murid termasuk guru cedera,” katanya ketika ditemui di lokasi kejadian.

Difahamkan, murid-murid dan guru yang cedera dibawa ke Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) untuk menerima rawatan. –HMetro

1

2

Reply