no comments

“Sekarang, Dia Sudah Takde Kena-mengena Dengan Saya” – Bapa Angkat Suspek Bunuh

“Sekarang sudah tiada kena-mengena dengan saya.” Itu kata-kata bapa angkat kepada salah seorang daripada tujuh suspek kes pembunuhan kejam yang meragut 21 nyawa pelajar dan dua guru Pusat Tahfiz Darul Quran Ittifaqiyah, khamis lalu.

Bagaimanapun, Amran 64 tahun, menyifatkan remaja itu seorang yang baik namun pengaruh kawan menyebabkan anak angkatnya mula berubah.

“Macam orang gila saya, dia tak pernah berpelakuan kejam sebegini. Saya jaga betul-betul dia. Tapi bukan setiap masa boleh pantau pergerakan dia.”

“Saya jaga elok-elok, perbelanjaan untuk dia tidak pernah kurang, asalkan tidak menyusahkan emak dan bapa.”

“Saya bermati-matian kerja untuk besarkan dia.”

“Saya selalu berpesan, bapa bekerja untuk adik. Tapi perlu ke sekolah, jangan ada apa-apa yang kurang. Tapi dia tetap tak mahu.”

 

Sungguhpun kesal dengan nasib yang menimpanya selaku penjaga kepada remaja berusia 15 tahun itu, jauh disudut hatinya dia masih sayangkan remaja berkenaan. Namun kini dia merasakan sudah sampai masanya untuk kedua ibubapa kandungnya menjalankan tanggungjawab mereka.

“Saya masih sayangkan dia, tapi apa nak buat, anak yang tak sayang bapa.”

“Jadi sekarang dia sudah tiada kena-mengena dengan saya. Segala urusan saya serahkan kepada ibubapa kandungnya.”

“Maklumat dalam surat beranak, kad pengenalan dia tiada kaitan dengan saya,” katanya.

Amran, 64 tahun bekerja sebagai penjaga tandas awam di tasik belakang Pusat Tahfiz Darul Quran Ittifaqiyah, Kampung Datuk keramat.

Mstar Online

Reply