Sanggup Berlaku Kɛj4m, P0lis Dedahkan Bapa Korb4ankan Anak Sendiri Berkemungkinan Pengikut Ajaran Sesat
Ketua Polis Kelantan, Deputi Komisioner Shafien Mamat, berkata pihaknya tidak tolak kemungkinan bapa yang sanggup meragut ny4wa anak kandung sendiri mempunyai kaitan dengan ajaran sesat.
Ia berdasarkan cara bayi lelaki berusia lapan bulan berkenaan dibvn0h dan badan dilumur garam serta halusinasi yang dialaminya.
Katanya, sehingga kini svspɛk berusia 40 tahun itu tidak bercakap untuk diambil keterangan, sebaliknya hanya berzikir dan memaklumkan dia mendengar suara malaikat, sebelum mɛmbunoh anaknya.
“Selain bapa m@ngsa, polis turut menahan isterinya yang juga ibu mangs4 berusia 32 tahun bagi membantu siasatan. Wanita berkenaan masih dirawat di hospital memandangkan keadaannya yang masih trauma.
“Ujian air kencing yang dilakukan terhadap pasangan suami isteri berkenaan juga negatif,” katanya.
Dalam kejadian pagi itu, seorang bayi lelaki berusia lapan bulan ditemui m4ti dalam keadaan menyayat hati, termasuk badan dilumur garam dipercayai dibvnuh bapa kandung menggunakan objek tumpul.
Kɛmatian Wan Mohamad Afiq Wan Roslan dipercayai dilakukan bapa m@ngsa yang mengalami masalah gangguan mental, sebelum disedari jam 11.30 pagi.
Mengulas lanjut, Shafien berkata, siasatan lanjut masih dijalankan dan pihaknya menunggu keputusan laporan kimia sama ada dia mempunyai masalah mental atau sebaliknya.
“Berdasarkan laporan bedah siasat yang baru selesai jam 5 pagi tadi, punca kem4tian bayi berkenaan disebabkan kecɛderaan di kepala disebabkan hɛntakan. Berdasarkan kecedɛraan, mungkin bayi itu jatuh atau dipvkul dengan objek tertentu,” katanya.
Dalam pada itu, bagi mendapatkan perintah tah4nan reman, bapa kɛj4m itu terpaksa diusung oleh enam anggota p0lis untuk membawanya masuk ke Mahkamah Bachok kerana enggan memberi kerjasama.
Dia dikatakan enggan keluar dari kereta dan membaca beberapa surah al-Quran dengan alasan untuk berdoa. Selepas 10 minit menunggu, anggota polis terpaksa bertindak mengusungnya masuk ke mahkamah.
Bapa itu direman tujuh hari bagi membantu siasatan berhubung kes itu. Perintah reman dikeluarkan mengikut Seksyen 117 Kanun Prosedur Jɛnayah bagi membolehkan siasatan dijalankan di bawah Seksyen 302 Kanun Kesɛksaan.