BANGLA MENGAKU DAPAT IC, DAPAT BANYAK KEISTIMEWAAN.. TAK MAHU BALIK!
BANGLA MENGAKU DAPAT IC, DAPAT BANYAK KEISTIMEWAAN.. TAK MAHU BALIK NEGARA ASAL
BUKTI! Pekerja Bangladesh sendiri mengaku diberi kad pengenalan (IC) dan suka berkahwin dengan wanita Melayu tempatan untuk mendapat pelbagai kemudahan yang disediakan kerajaan.
Mereka membuat pengakuan itu selepas ditanya sekumpulan ahli Pertubuhan Ikatan Usahawan kecil dan Sederhana (IKHLAS) di hadapan pejabat Pesuruhjaya Tinggi Bangladesh baru-baru ini.
Sambil memegang Jalur Gemilang yang diberikan, pekerja Bangladesh terbabit mengaku memperoleh banyak keistimewaan sehingga enggan pulang ke negara asal.
“Ramai dapat IC betul tak?,” tanya Presiden IKHLAS, Mohd Ridzuan Abdullah.
“Betul,” jawab sekumpulan pekerja Bangladesh.
Soalan: Dapat kahwin dengan orang Melayu betul tak?
Jawapan: Betul
Soalan: Kahwin dengan orang Melayu dapat IC betul tak?
Jawapan: Betul
Soalan: Kahwin dengan orang Melayu sebab nak berniaga betul tak?
Jawapan: Betul
Sementara itu, Mohd Ridzuan dalam sidang medianya berkata, pengakuan sendiri warga Bangladesh itu membuktikan mereka mendapat keistimewaan mengalahkan rakyat tempatan.
“Warga Bangladesh sendiri sebut tadi mereka suka di sini. Apa yang saya sebut tadi mereka semua dapat. Saya rasa apa yang mereka dapat rakyat tempatan tak dapat,” katanya.
Mengulas lanjut, Ridzuan berkata kebanyakkan pekerja asing yang sudah bekerja di negara ini tidak bersetuju dengan kemasukan 1.5 juta warga itu yang baru sahaja ditandatangani antara kerajaan Bangladesh dan Malaysia.
– FMT