no comments

Baki Touch N Go Tak Cukup, Jangan Lintas Jalan Kaki Ke Lorong Lain. Ini Cara Mudah dan Selamat Kita Perlu Buat

Tiba hari kita hampir di hujung minggu, hari ini hari Jumaat 7 Oktober 2022 (Ketika artikel ini ditulis) ramai yang ada merancang untuk berjalan jauh atau balik ke kampung pada hujung minggu.

Kos perjalanan yang wajib disediakan, selain minyak petrol kereta, sudah pastilah kad touch n go yang berisi topup. Kalau perjalanan jauh, kurang-kurang nak kena sediakan RM50.

Namun sering kita lihat, kadang kala dalam perjalanan kita setiap kali melalui ke lorong tol. Akan ada satu lorong yang beratur panjang dan mengambil masa yang lama untuk bergerak. Kebiasaan yang berlaku bila berlaku situasi demikian ialah, kereta yang berada paling rapat dengan palang mempunyai masalah baki kad touch n go tidak mencukupi.

Rasa nak marah, kita membebel dalam kereta marahkan kereta paling depan.

Biasalah, kita tak tahu apa masalah orang di depan, kita tahu nak marah sahaja. Bersabar dahulu, jangan marahkan mereka.

Buat pemandu yang baki tidak mencukupi, jangan panik dulu.

Jangan panik ya wahai pemandu, jangan menangis terutamanya wanita, jangan ‘stuck’ di tengah tengah tol sambil membiarkan hon kereta di belakang terus membising. Cuba kaedah ini.

Bila kita berhadapan dengan situasi macam ni, kita pun tak boleh nak buat apa-apa.

Bila jadi macam ni, ramai yang keluar dari kereta melintas jalan kaki dari satu lorong ke satu lorong untuk beli topup. Salah tu!

Wahai pemandu, cara itu sebenarnya salah dan melanggar SOP ( Standard Operation Procedure) Plus.

Dalam perkongsian kali ini, El Ameerah berkongsi tips atau cara bagaimana kita nak berhadapan dengan situasi sedemikian.

Bila tiba nak sentuh kad , touch n go tak cukup.

Kongsi EL Ameerah, pihak PLUS baru sahaja call saya, kongsi pegawai PLUS, jika kita mahu exit tol dan tiba-tiba baki touch n go tak cukup, kita perlu tekan butang intercom dan tunggu runner PLUS datang kepada anda.

Tekan Button Intercom Jika Berlaku Kecemasan

Runner itu sendiri yang akan bantu anda topup dan serahkan semula kad touch n go anda.

Pesanan pegawai PLUS berkenaan, janganlah kita membahayakan nyawa kita dengan melintasi lorong semata-mata untuk topup. Perbuatan ini adalah menyalahi SOP pihak PLUS.

Sekiranya kereta di belakang anda terus membunyikan hon , anda hanya perlu bertenang, kekal disitu sehinggalah runner PLUS datang kepada anda. Jangan sekali-kali keluar.

Adukan kepada pihak PLUS, jika runner tol arahkan ke pondok topup.

Pihak PLUS juga ada memesan, insiden pemandu yang pergi melintasi lorong untuk ke pondok topup tidak patut berlaku sama sekali.

Sekiranya, runner tol itu mengarahkan pengguna untuk datang sendiri ke pondok topup, maka runner itu sendiri telah melanggar SOP dan pemandu yang menghadapi situasi ini dinasihatkan membuat aduan segera.

PLUS juga mengakui, ada keadaan pemandu sememangnya mustahil untuk meninggalkan kereta. Contohnya pemandu kurang upaya (OKU) , wanita yang sedang sarat mengandung atau pun ada baby di dalam kereta.

Jadi, selepas ini, khususnya buat pemandu wanita, sekiranya baki kad touch n go tak cukup, terus sahaja tekan ‘button intercom’ seperti dalam gambar ini.

Jangan panik dan membahayakan nyawa anda, pesan pegawai PLUS lagi.

Buat pemandu lain di belakang, jangan lah marah dia, mungkin hari ini dia susah.

Walau apa sekalipun, sediakanlah baki kad touch n go yang mencukupi sebelum bertolak ke destinasi. Namun akan ada juga mereka yang kurang bernasib baik, kebetulan pula baki tidak mencukupi.

Kita janganlah marah mereka dan hon berkali-kali, percayalah, tekan hon banyak kali tidak akan membuatkan palang tol akan naik ,tetapi darah gemuruh pemandu yang dalam kesusahan akan naik. Malah lebih buruk, akan menjadi kesan sepanjang hidup yang tidak dapat dilupakan.

Bersabarlah ya..

Mungkin hari ini dia susah, manalah tahu, akan datang kita terkena pula.

Sekiranya anda mempunyai apa-apa masalah semasa melalui PLUS, ikut cara yang saya kongsikan ini.

Anda boleh terus call 1800 88 0000 dan buat aduan segera. Kemudian akan ada orang yang akan siasat dan hubungi kita semula sehari atau dua hari kemudian.

Kita boleh sahaja suarakan hak kita beramai-ramai, dan pihak PLUS akan cuba ‘implement’ satu sistem yang lebih baik selepas ini.

Ps: Perkongsian ini berkait dengan plaza tol yang tidak menyediakan lorong tambah nilai, tidak ada RFID dan juga tidak ada e-wallet seperti tol exit Setia Alam atau Tol Exit Subang atau mana sahaja tol yang lebih kurang sama.

Tetapi, jika tol berkenaan ada lorong tambah nilai, terus lah masuk ke lorong tersebut, jangan masuk ke lorong lain pula. Kelak akan menyusahkan diri nanti.

Reply