no comments

BAHAYA TIDUR SELEPAS MAKAN SAHUR YANG RAMAI TIDAK TAHU…!!!

BAHAYA TIDUR SELEPAS MAKAN SAHUR YANG RAMAI TIDAK TAHU...!!!.jpg

BAHAYA TIDUR SELEPAS MAKAN SAHUR YANG RAMAI TIDAK TAHU…!!!

Bersahur adalah perkara sunnah yang amat dituntut buat umat Islam yang berpuasa terutamanya di bulan Ramadhan. Walaupun ianya sunat, tetapi amatlah besar lebihannya. Makan sahur memberikan diri kita bertenaga untuk berpuasa dan mendapat ganjaran pahala kerana menghidupkan sunnah Rasulullah  . Ibadah puasa juga akan menjadi sempurna. Bagi mereka yang terlupa niat puasa, waktu sahur akan mengingatkannya.

Namun, kebanyakan daripada kita akan bangun setiap kali waktu sahur. Malangnya mereka akan tidur semula sebaik sahaja selesai makan. Tidur selepas makan sahur sebenarnya amat berbahaya untuk kesihatan. Antaranya..

1. Menganggu Sistem Pencernaan Makanan

Setelah memakan makanan ketika sahur, sistem pencernaan memerlukan beberapa jam untuk mencerna dan menyerap nutrisi yang ada di dalam makanan tersebut. Ketika seseorang tidur setelah makan (sahur), apalagi dalam keadaan terlentang, pencernaan menjadi lambat atau sulit bekerja. Akibatnya, timbullah sakit di ulu hati dan panas yang melarat ke dada dan kerongkong kerana meningkatnya asid dalam perut. Elakkan berehat-rehat dalam kedudukan berbaring kerana menghalang proses pengosongan perut.


2. Tercetusnya Refluks

Refluks adalah penyakit yang timbul akibat kelemahan dari injap antara perut dan kerongkong. Hal ini menyebabkan asid dalam perut naik ke bahagian kerongkong dan menimbulkan gejala berupa rasa ‘terbakar di dada’. Ia terjadi disebabkan tarikan graviti. Di antara tanda refluks adalah ketika seseorang terjaga dari tidur setelah sahur ia merasakan tekaknya panas dan mulutnya terasa pahit. 

Kesan sampingan dari refluks, boleh menyebabkan kerongkong luka kerana makanan yang masuk ke perut akan menjadi sangat berasid. Jadi ketika makanan kembali ke pangkal kerongkong,asid tersebut akan melukai dinding-dindingnya. Dinding kerongkong tidak sekuat perut yang boleh bertolak ansur asid yang kuat. Para doktor menyarankan tempoh waktu antara makan dan tidur adalah dua jam. 

Namun, Rasulullah ﷺ menyarankan kita agar mengisi waktu setelah sahur dengan solat atau dikir dan setelah Subuh berzikir hingga matahari terbit. Untuk tidur sejenak, Baginda memilih waktu siang yang dikenal dengan istilah ‘qailulah’. 

3. Serangan Stroke 

Tidur setelah sahur dipercaya meningkatkan resiko terkena stroke. Berdasarkan penelitian ditemukan bahwa orang yang memiliki jeda paling lama antara makan dan tidur mempunyai risiko terendah terkena stroke. Sebaliknya, orang-orang yang memiliki jeda paling singkat antara makan dan tidur memiliki resiko lebih tinggi terkena stroke. 


4. Sakit Kepala

Jika anda tidur.. ketika bangun, bahagian leher akan terasa sakit dan kaku, bahkan terkadang bukan kesegaran yang dapat dirasakan, tapi sebaliknya. Sakit kepala bahagian atas atau kepala bahagian belakang. Tidur pagi menyebabkan serebrospinal bergerak ke otak. Inilah yang menimbulkan sakit di kepala. Ia memudaratkan  jika anda tidur lagi usai sahur atau menjelang pagi.

5. Menganggu Pengeluaran Hormon

Gaya hidup tidur selepas makan juga akan mengganggu pusingan biologi di dalam badan dan ini akan menambahkan keletihan seseorang. Keadaan ini disebabkan gangguan ke atas pengeluaran hormon kortisol yang berfungsi sebagai hormon kecergasan bagi seseorang.

Apabila seseorang bangun daripada tidur setiap pagi antara jam lima pagi untuk bersahur, rutin ini akan merangsang pengeluaran hormon kortisol pada jam tiga atau empat pagi dan akan memuncak pada pukul 11 pagi. Apabila rutin ini ditukarkan secara tiba-tiba, dengan tidur semula.. pengeluaran hormon ini akan terganggu dan kita keletihan sepanjang hari berpuasa.


Selain berbahaya dari segi kesihatan, tidur setelah sahur juga menyebabkan terhalangnya pintu rezeki seseorang. Sabda Rasulullah  yang diriwayatkan oleh Abu Daud, Rasulullah berdoa:

“Ya Allah, berkatilah umatku di waktu paginya.” 

Mereka yang tidur selepas subuh akan kehilangan keberkahan yang disebutkan dalam doa Nabi . Keberkahan dalam ayat itu menunjukkan makna yang luas. Secara umum maknanya adalah bertambahnya kebaikan.

Untuk itu, para fuqaha’ memakruhkan tidur selepas solat subuh. Walaupun hakikatnya tiada dalil dan hadis-hadis sohih mengenai larangan tidur selepas subuh, dan yang ada cuma pendapat daripada para ulama mengenai tidur selepas subuh adalah makruh tetapi tiada larangan tidur selepas subuh.

Diolah semula bersumberkan : Islampos

Reply