Bagusnya Pasangan Muda Ni, Duduk Pondok Sangkar Ikan Pun, Rumah Bersih, Tersusun Kemas. Tengoklah Dalamannya Tu Cantik Sangat..
Tidak semua mampu memiliki rumah yang tersergam indah dan selesa. Harga rumah yang semakin tinggi selain kedudukan kewẫngan yang rendah telah menyukarkan peluang ramai orang lebih-lebih lagi buat anak muda dan mereka yang baru memulakan hidup sebagai suami isteri.
Namun, sesetengah mereka yang sudah mempunyai rumah sendiri sepertinya tidak menghargai keberuntungannya itu. Sudah ada rumah, tetapi keadaan dalam tempat tinggal mereka itu tidak macam rumah. Kata orang seperti ‘tongkang pecah’ dan tunggang-langgang dek kerana tidak pandai menjaga kebersihan dan kekemasan.
Bagaimanapun, lain dan cukup berbeza pula buat keluarga pasangan muda ini yang menjadikan ‘Rumahku Syurgaku‘.
Jika dilihat dari pandangan luar, ya rumah mereka memang terlihat lusuh dan uzṳr. Namun begitu, masuk sahaja ke dalam, pasti mata akan tertancap dengan susun atur dan kekemasan rapi serta kebersihannya.
Biarpun tinggal dalam pondok atas air dekat sangkar ikan, ia tidak dijadikan alasan untuk kediaman mereka tidak dijaga rapi dan tiada kompromi terutama bab kebersihan.
Melalui perkongsian dari Puan Mariyah Ghazali yang tular setelah dia berkongsi gambar deko dalam rumahnya, semua memuji ibu kepada seorang cahaya mata ini.
Bukan apa rumah sangkar yang sepatutnya menjadi tempat persinggahan dihias begitu cantik dan bersih sangat sehingga membuatkan semua orang kagum dengannya. Walaupun fizikal rumah tersebut tidaklah sempurna seperti sebuah rumah yang elok tapi disebabkan pandai menghias dan begitu menjaga kebersihan, kini kediaman itu mendapat perhatian seluruh rakyat Malaysia.
Ramai tanya saya ini rumah saya ke. Tak apa saya jelas kan di sini. Rumah sangkar ni ayah mertua punya. Kami tak ada rumah lagi. Kami tumpang dia sebab kami ada bela ikan juga, sangkar ni pun bukan saya punya hak ayah punya. InshaAllah ada rezeki kami nak buat juga untuk sendiri.
Jadi alang-alang saya duduk situ 24 jam saya buat kemas la yang mana patut untuk senang nak duduk. Itu ja.
Disiplin kemas rumah
Cara saya kalau nak keluar pergi mana-mana, kena kemas rumah dulu baru kita jalan. Lagi satu mesti kemas selalu jangan tunggu orang nak datang baru kemas.
Islam ajar kita selalu bersih wajib kena ikut. Tak kira tempat mana kita tinggal dan keadaan macam mana pun.
Letaklah dalam hati selalu bersih buat amal pun tak rasa was-was.
Isteri suka menghias rumah
Pasangan ini mendirikan rumah tangga pada tahun 2013 dan mempunyai seorang cahaya mata yang lahir pada tahun 2018.
Bercerita mengenai rumah tersebut, suami Mariyah, Ahmad Mokhtar Taib, memberitahu ia sudah dibina sejak 12 tahun lalu selepas bapanya mengusahakan penternakan ikan siakap.
“Sebenarnya perniagaan menternak ikan siakap ini telah diusahakan bapa saya sejak 12 tahun lalu dan saya baru sahaja mengambil alih pada tahun 2018.
“Sebelum ini kami tinggal di Alor Setar dan hanya berniaga di pasar malam sahaja. Saya mengambil keputusan untuk berpindah ke rumah atas air ini sejak dua tahun lalu selepas bapa saya meminta saya untuk meneruskan penternakan ini.
“Pada mulanya saya mahu cari sahaja rumah sewa yang berdekatan tetapi isteri menolak dan akui lebih suka tinggal di rumah ini kerana lebih dekat dengan saya ketika bekerja.
“Sebagai suami, sudah semestinya saya mahu yang terbaik dan membahagiakan isteri dan keluarga. Jadi saya turutkan sahaja. Sejak dari itu, isteri mula menghias rumah ini dengan kemas dan bersih.
“Alhamdulilah, rumah saya ada mesin basuh baju, peti sejuk dan keperluan asas lain. Malah rumah ini juga ada bilik air, cuma bilik kami hanya pasang tirai kerana rumah ini kecilnya hanya seperti sebuah bilik,” katanya lagi.
Benarlah idea Mariyah berjaya mencipta ‘rumahku, syurgaku’.
Asalnya daripada rumah papan biasa yang berusia 12 tahun dibina oleh bapa Ahmad itu hanya lapang begitu saja, kini rumah petak empat segi yang comel itu diwujudkan ruangan kecil sebagai bilik, dapur dan ruang tamu.
Tangan yang menghayun buaian itu nampaknya benar-benar berjaya melakukan transformasi, Mariyah berdikit-dikit menghias rumah.
“Tempat kami tinggal sangkar ikan…Alhamdulillah bersyukur yang mana ada… (pakai barang) Kedai Eco je saya hias.. keluarga kecil ku,” kongsi Mariyah yang mendapat banyak sokongan dan pujian netizen.
Lucunya, sampai ke periuk belanga mereka pun menarik perhatian netizen, yang bertanya bagaimana ia disental hingga bersih berkilat!
Bahagia cara sendiri
Yang penting pasangan ini bahagia dengan cara mereka.
Ditanya sama ada mereka berdepan kesulitan tinggal di situ berdua sepenuh masa sejak tujuh tahun lalu sebelum mempunyai cahaya mata, ini jawab Ahmad:
“Hujan lebat tak ada masalah, bocor sikit-sikit biasa. Dari dulu kami memang dah biasa hidup susah.
“Dah isteri pun suka duduk rumah tu. Malam sejuk, kawasan lapang angin kuat. Kawasan tu, ikut saya pun tak nak, tapi isteri kata biar dia buat bagi cantik.
“Isteri kata seronoknya duduk sini, tenang. Orang luar yang datang pun suka seronok, indah, petang-petang tengok burung terbang,” katanya.
Tinggal di muara sungai kerana mencari pendapatan dengan membela ikan dalam sangkar iaitu siakap dan kerapu hibrid, Ahmad tidak menafikan air di bahagian bawah rumahnya itu agak dalam.
“Tapi tak apa, rumah dan sangkar ikan ini guna pelampung. Air pasang atau surut ia akan ikut. Cuma sekali sekala bot lalu ia goyang,” kongsi pemuda berasal dari Kampung Kelulut Marang, tidak jauh dari tempat tinggalnya sekarang.
Begitupun, berikutan tidak dapat berjualan ikan yang biasanya dijual kepada taukeh yang akan memborong stok daripadanya untuk dibawa hingga ke ibu negara untuk dibela dalam kolam pancing, pasangan mempunyai seorang cahaya mata berusia dua tahun ini tidak menafikan pendapatan mereka agak terjejas sejak pandɛmik melanda dulu.
Pun begitu, memang sudah namanya rajin, bagaimanapun mereka mengambil insiatif menjual kuih secara kecil-kecilan dalam kampung buat masa ini.
p/s- Jelaslah, walau apa pun situasi kediaman, kalau penghuni rumah itu pandai menjaga dan membersihkannya, rumah pasti akan terlihat cantik, kemas dan tenang mata memandang.
Tak semestinya diisi perabot yang mẫhal untuk menampakkan kediaman itu cantik tapi jika kena gaya dan pandai susun atur rumah kecil pun, sudah mampu memberikan memberi kegembiraan dan kebahagiaan buat seisi keluẫrga.