no comments

Baby Shower, Makan Dalam Pampers

baby shower, makan dalam pampers.png

Tersebar di laman sosial beberapa keping gambar yang menjadi viral. Gambar tersebut dimuat naik oleh seorang wanita yang memaparkan beberapa individu yang menggunakan lampin pakai buang budak menggantikan pinggan di sebuah majlis baby shower.

v.jpg

vv.jpg

“No plates today! Fine dining in nappies at @ajjrinaann’s baby shower,” kata @vivyyusof.

Majlis baby shower itu dikecam hebat oleh netizen yang menganggap mereka mengamalkan gaya hidup hispter yang agak keterlaluan.

“Dalam pampers itu ada bahan lapisan gel untuk keringkan air. Tak fikir bahaya ke makan atas tu? Memang sah sakai ini perempuan. Lagi sakai dari manusia kuno. Apsal kau tak tuang nasi dalam jubo baby kau je dan makan dalam tu? Barulah kami respek dengan kebodohan kau. Memalukan agama ini betina,” kata Baichotta Chotti.

“Idea yang pelik tapi telah mencemarkan nilai makanan yang dihidangkan… walaupun mahukan perbezaan tetapi jgnlah sampai mengetengahkan idea yg bertentangan dgn nilai2 Islam, Islam itu Indah!,” kata¬†Arina Sophia.

“Kesian, gaya majlis ini macam orang yang agak berduit. Paper plates pun tak mampu nak beli dan yang paling menyedihkan pampers yang levelnya di bontot anak-anak, yang tugas pampers menampung air kencing dan berak anak juga dijadikan sebagai bekas makanan. Tak ke bangang namanya konsep dibuat?” kata Herni Hamzah.

Gambar tersebut telah menarik perhatian orang ramai di media sosial, bagaimanapun individu terbabit telah pun memadam gambar-gambar berkenaan.

Reply

facebook KLIK PANGKAH 2 KALI UNTUK TUTUP Button Close