no comments

Azmil Mustapha Kini Kritikal

Azmil Mustapha Kini Kritikal.jpg

Azmil Mustapha kini kritikal – Anak

Anak pelakon era 1980-an, Azmil Mustapha mengesahkan ayahnya sedang dirawat di Hospital Putrajaya akibat sakit jantung dan dilaporkan tenat.

Syamira ketika dihubungi BH Online memberitahu, doktor memaklumkan keadaan kesihatan ayahnya sekarang kritikal.

Syamira bagaimanapun tidak berkongsi maklumat lain mengenai Azmil kerana ketika dihubungi dia sedang dalam perjalanan ke hospital.

Penjelasan Syamira itu mengesahkan penyebaran status Facebook bapa saudaranya, Aziph yang juga adik Azmil mengenai keadaan kesihatan bintang filem popular itu.

Kira-kira dua jam tadi, netizen dikejutkan dengan penyebaran status Facebook adik Azmil yang dikenali sebagai Aziph mendakwa abang sulungnya itu dimasukkan ke Unit Rawatan Kardiac, Hospital Putrajaya, sejak semalam kerana sakit jantung.

Aziph mendakwa ketika ini, abangnya masih tidak stabil.

“Pada awalnya, keadaan abang okay sehinggalah jam 4 petang semalam dia mula mengadu sakit di bahagian dada. Doktor juga tak dapat mengesahkan sama ada dia kena serangan jantung.

“Pihak hospital akan berusaha sehabis baik untuk mengubatinya,” katanya dalam status itu. Ketika zaman kegemilangannya. Azmil membintangi banyak filem box office seperti Mekanik, Ali Setan dan Suara Kekasih.

Reply

facebook KLIK PANGKAH 2 KALI UNTUK TUTUP Button Close