Penghuni Apartment Shah Alam Pelik, Azan Subuh Cuma Berkumandang 2 Rangkap Kalimah Sahaja
KEMATIAN YANG DICEMBURUI
Shah Alam, 1 Oktober 2020 – Seluruh penghuni apartment Sri Ixora Seksyen 27 Shah Alam berasa pelik kenapa azan subuh dari Surau Ar-Rayyan pagi ni cuma kedengaran dua rangkap dari kalimah yang mulia (Allahu Akbar dan Ashadu alla illaha illa Allah) dan kemudian terhenti. Kemudian bersambung di corong pembesar suara semacam cemas.
Selang kemudian terdengar AJK lain membuat pengumuman menyeru ahli keluarga Encik Man dari blok 45 turun ke surau dengan kadar segera dan kelihatan ambulans tiba di kawasan surau.
Setibanya di ruang solat surau, kelihatan sekujur tubuh kaku terbaring di ruang azan.
Abang Rosliman atau lebih mesra dengan panggilan Abang Man, telah kembali bertemu Pencipta-Nya dalam keadaan semua orang beriman impikan. Arwah mɛninggal dunia ketika melaungkan azan pada kalimah Allahu Akbar dan Shahadah.
Sebak dan bergenang air mata ini para jemaah sahabat rapat.
“Malam tadi baru dia yang beriya-iya mahu menjayakan majlis kenduri kesyukuran Ustaz Sahari yang baru keluar hospital yang akan diadakan di surau. Dia yang nampak sangat gembira dengan menu yang dicadangkan. Dia yang menawarkan diri untuk menyediakan kopi o kaw. Rupanya dia Allah panggil dalam keadaaan sangat-sangat kami cemburu.” ujar salah seorang jemaah.
Paling kami terkejut hari ini adalah hari ketiga arwah memberanikan diri dan juga sangat teruja untuk azan subuh walaupun beliau bukan bilal surau. Beliau merupakan AJK Pemeriksa Kira-kira surau.
Allah sayang Abang Man lebih dari kami semua bang. Abang Man pernah berseloroh;
“Kita jaga amanah surau ni bukan untuk kita sekarang, tapi gunanya bila kita kat sana nanti”.
Moga Allah pilih Abang Man menjadi penghuni Al-Firdaus. Allah Maha Mengetahui.
Kredit : AJK Surau Ar-Rayan