no comments

Awan dah mendung, Lelaki Ini Tak Fikir Panjang Terus Jadi Spiderman Selamatkan Tom

Kucing adalah haiwan yang sangat popular sebagai haiwan peliharaan. Haiwan kesayangan ini akan menjadi peneman setia buat mereka yang menjaga mereka dengan penuh kasih sayang. Bukan itu sahaja, kucing juga merupakan binatang kesayangan nabi kita Muhammad S.A.W termasuk sahabat baginda Abu Hurairah sehingga digelar ‘Bapak Kucing’.

Apa yang membuatkan para pencinta kucing ini terlalu sayangkan haiwan ini adalah kerana kecomelan, kelincahan dan gelagat kucing yang sering mencuit hati. Pasti haiwan ini akan dapat menghilangkan kebosanan dikala kita pulang penat bekerja dan boleh menghilangkan stress.

Kajian juga membuktikan bunyi ‘purrr’ pada kucing ketika kucing sedang berehat boleh membantu manusia menghilangkan kadar stress yang mendengar bunyi tersebut. Hebat sekali ciptaan tuhan ini.

Disebabkan faktor inilah, kenapa pencinta haiwan ini akan melakukan apa sahaja untuk menyelamatkan makhluk ciptaan tuhan ini. Baru-baru ini tular satu video yang dikongsikan di media sosial yang telah mendapat respon ramai netizen.

Sekumpulan pemuda yang baru selesai makan minum di sebuah kedai ternampak seekor kucing yang sedang dalam bahaya di sebuah longkang besar. Kucing tersebut kelihatan cuba menyelamatkan diri tetapi tidak berjaya, kucing itu hanya mampu berada di tempat yang agak tinggi dan mengiau seperti menjerit meminta tolong.

Para pemuda yang tidak sanggup melihat haiwan itu dalam bahaya terus bertindak untuk cuba menyelamatkan kucing itu.

Apa yang kita dapat lihat dari gambar, pemuda ini sanggup membahayakan diri , bergantung di paip besar sambil disokong oleh rakan-rakannya, pemuda tersebut mengambil kucing yang sedang bergerak hanyut.

Syukur, kucing tersebut berjaya diselamatkan dan keadaan kucing tersebut tidak mengalami apa-apa kecederaan.

Tindakan para pemuda ini telah mendapat pujian netizen yang rata-rata bersyukur kerana ada dalam kalangan mereka ini yang baik hati dan sanggup membahayakan diri.

Dari kejadian ini, dapat kita lihat bahawa di zaman ini, masih ada insan yang mempunyai sifat belas kasihan yang tidak berbelah bahagi kepada haiwan. Usaha menyelamatkan haiwan ini boleh kita jadikan sebagai contoh untuk masyarakat kita.

Reply