no comments

“Satu Per Satu Aset Indonesia Jatuh Ke Tangan Asing”, Jokowi Siasat, Rupa-Rupanya…

“Satu Per Satu Aset Indonesia Jatuh Ke Tangan Asing”, Jokowi Siasat, Rupa-Rupanya…

Presiden Joko Widodo berdepan dengan pelbagai kerenah daripada rakyat Indonesia.

Memetik portal kompas, “Kerajaan tidak mampu mengendalikan letusan media sosial,” katanya ketika menyampaikan ucapan di Universiti Padjadjaran, Bandung, semalam.

Dalam ucapan itu beliau yang lebih terkenal dengan panggilan Jokowi berkata perkembangan media sosial menyebabkan perubahan sangat pantas terhadap semua aspek termasuk komunikasi antara masyarakat dengan pemimpin.

Kemudahan media sosial juga katanya menyebabkan beliau pernah mendapat aduan ‘luar biasa’.

Katanya dua tiga hari lalu ada orang mengadu kepadanya. Kata pengadu, “satu demi satu aset Indonesia kini jatuh ke tangan asing.”

“Selepas saya siasat rupanya aduan itu berkaitan dengan Raisa,” katanya merujuk kepada penyanyi popular, Raisa Andriana.

Raisa, 27, dinikahkan dengan Hamish Daud Wyllie, 37, pada 3 September lalu.

“Rupa-rupanya suami Raisa itu orang Australia,” kata Jokowi.

 

Tidak saja pernikahan Raisa menjadi bahan orang ramai mengadu kepada Jokowi, malah pelakon filem ‘Syurga Yang Tak Dirindukan‘, Laudya Cinthya Bella.

Kata Jokowi belum sempat hal Raisa dijelaskan muncul pula kisah Laudya yang bernikah dengan orang Malaysia.

Laudya dinikahkan dengan bekas suami Erra Fazira, Engku Emran Engku Zainal Abidin di Kuala Lumpur pada 8 September lalu.

Justeru menurut Jokowi media sosial secara tidak langsung mengubah corak komunikasi masyarakat Indonesia dan membuat mereka lebih mudah berhubung dengan pemimpin.

 

Reply