Arwah Doktor Ali Mệninggậl Bukan Sebab Penat Beban Tugas, Tapi……

Susulan seorang doktor yang bertugas sebagai barisan hadapan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) yang dilaporkan mệninggậl dunia, kelmarin.

Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) mengesahkan Dr Ali Noor Hassan meninggal dunia disebabkan pendarậhan dalam otak dan bukan akibat terlampau penat dengan beban tugas.

Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, arwah yang bertugas di sebuah klinik kesihatan di Cheras mengalami penyakit ‘aneurysm’ dalam otak dan disahkan mệninggal dunia pada 18 Januari lalu.

“Beliau dikesan mempunyai penyakit lain dan tiada kaitan dengan kelesuan bekerja. Ujian Covid-19 adalah negatif,” katanya.

Sementara itu, salah seorang dipercayai waris kepada mangsa melalui Facebook yang tular mengesahkan arwah meninggậl dunia akibat terjatuh di bilik air ketika bekerja dan mengakibatkan pendậrahan di kepala serta beberapa kali sudah dibedậh.

“Arwah adalah anak saudara saya dan meninggậl dunia akibật jậtuh bilik air. Mohon perbetulkan fakta,” katanya merujuk kepada tular mengenai berita pemergian Dr Ali akibat kepenatan bekerja.

Berita sedih itu disampaikan menerusi hantaran dimuat naik Skuad Pengurusan Jenazah Malaysia (SPJM) di Facebook (FB).

Dalam hantaran itu, SPJM berkongsi gambar terakhir Dr Ali yang sempat diambil rakannya sebelum beliau jatuh sakit kerana beban kerja terlalu penat dan letih selain kekurangan masa untuk beristirehat selepas bertugas di barisan hadapan KKM menangani Covid-19.

Difahamkan beliau tertidur ketika bertugas dan pengsận.

Menerusi hantaran itu, SPJM memaklumkan, pihaknya dimaklumkan mengenai kemậtian Allahyarham Dr Ali Noor Hassan melalui akaun FB miliknya.

“Arwah adalah ahli berdaftar SPJM dan mengikuti SPJM sejak 2018 serta menyertai Kursus Pengurusan Jenazah SPJM di Surau Quba Sentul pada dua tahun lalu.

“Dr Ali dikhabarkan sebagai seorang ahli khidmat dakwah dan sudah dua kali menyertai ijtimak atau perhimpunan jemaah tabligh di Beaufort, Sabah.

“Setiap kali ijtimak besar jemaah tabligh di Sabah, Dr Ali akan datang dari Selangor berkhidmat secara sukarela sebagai petugas perubatan bagi peserta ijtimak,” katanya.

Menurutnya, SPJM kehilangan seorang ahli yang begitu komited berkhidmat untuk ummah.

“Semoga Allah SWT menerima segala amal kebajikan beliau dan mengampuni segala dosanya yang lampau. Salam takziah buat ahli keluarganya,” katanya.

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Scroll to Top