Anwar Persiap Diri Untuk Menjadi PM
Nama Datuk Seri Anwar Ibrahim adalah nama yang tidak asing lagi bagi menggantikan jawatan Perdana Menteri selepas Tun Mahathir. Gɛlaran Bakal Perdana Menteri nampaknya dipegang oleh beliau dari dahulu sehingga sekarang.
Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim kini giat mendapatkan pandangan dan laporan daripada pelbagai pihak sebagai persiapan untuk menjadi Perdana Menteri.
Ahli Parlimen Port Dickson itu turut menegaskan beliau kini lebih kerap bertemu dan berbincang dengan Dr Mahathir mengenai tugas Perdana Menteri bagi memastikan wujud kesinambungan selepas proses peralihan nanti.
“Saya kini mengambil kɛsempatan mendengar laporan dan pandangan, menemui semua pihak dan mengadakan pertemuan rapi serta kerap dengan Tun Mahathir supaya ada kesinambungan.
“Ada orang salah faham ini (proses peralihan) akan wujud kerajaan baharu. Ini tidak betul. Ini berasaskan manifesto Pakatan Harapan (PH) yang sekarang diterajui Tun Mahathir. Kita akan teruskan, cuma mungkin pendekatan dan cara sedikit berbeza tapi pada dasarnya sama.
“Perjanjian itu di antara Perdana Menteri atau pemimpin PH. Ia dibuat sejak Januari tahun lalu, ketika saya masih di pɛnjara,” katanya pada sidang media selepas merasmikan majlis penyampaian Hadiah Sastera Kumpulan Utusan anjuran Utusan Melayu (Malaysia) Berhad di sini, hari ini.
Mɛngulas perjalanan kempen PH bagi pilihan raya kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Semenyih yang berbaki tiga hari lagi, Anwar berkata, ia berjalan baik termasuk jentera kempen PKR yang dipimpin Menteri Besar Selangor, Amiruddin Sa’ari.
Sɛmasa ditanya kehadiran bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak di Semenyih yang turut mendapat sambutan rakyat, beliau berkata, ia kerana rakyat ‘ingin tahu’ dan mahu melihat perbezaan Najib yang ‘dahulu’ dan ‘sekarang’.
Bɛrkenaan calon PKR bagi PRK DUN Rantau, Anwar berkata, Biro Politik PKR yang berbincang hari ini menerima senarai nama pemimpin PKR untuk menjadi calon termasuk Timbalan Ketua Cabang PKR Rembau, Dr S Streram yang pencalonannya ditolak Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU-14) Mei tahun lalu.
“Kita mɛnerima sɛmua pandangan dalam menentukan siapa bakal menjadi calon termasuk cadangan supaya PKR meletakkan calon wanita bertanding dalam PRK DUN Rantau.
“Kita akan bincang dan sɛlepas diputuskan akan diumumkan mengikut proses biasa perlu diumumkan kepada pimpinan PH,” katanya.
Itu adalah sedikit sɛbanyak berita mengenai perkembangan politik sebelum Pakatan Harapan(PH) tumbang dan kini digantik dengan Perikatan Nasional.
Nampaknya peluang untuk Datuk Seri Anwar Ibrahim menjadi Perdana Menteri semakin tipis. Hanya kemenangan di dalam Pilihan Raya akan datang adalah satu cara untuk mengangkat kembali beliau sebagai Perdana Menteri baharu menggantikan Tan Sri Muhyiddin Yassin yang kini menjadi Perdana Menteri ke-8.
Tetapi adakah Tun Mahathir akan merestui jika Datuk Seri Anwar Ibrahim diangkat menjadi Perdana Menteri selepas ini? Itu yang menjadi persoalan kita semua kerana sejarah telah mengajar kita bagaimana Perdana Menteri sebelum ini selalunya tidak direstui oleh Tun Mahathir.