no comments

Annuar Musa Masuk Hospital Selepas Mengadu Sakit Dada & Pening

Annuar Musa Masuk Hospital Selepas Mengadu Sakit Dada & Pening

Tan Sri Annuar Musa, 61, dimasukkan ke Unit Rawatan Rapi Koronari (CCU) Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM), Kubang Kerian selepas mengadu sakit dada awal pagi Sabtu.

Ahli Parlimen Ketereh itu juga dikatakan pening dan muntah pada pukul 6 pagi tadi.

Menurut abangnya, Abdul Sattar, keadaan Annuar kini stabil dan tidak membimbangkan, namun perlu dirawat seketika di hospital berkenaan.

“Kira-kira jam 6 pagi tadi, Tan Sri Annuar mengadu sakit dada dan pening sebelum dihantar ke HUSM untuk pemeriksaan lanjut.

“Alhamdulillah, keadaannya kembali stabil berbanding pagi tadi. Atas nasihat doktor, pelawat terpaksa dihadkan kepada keluarga terdekat sahaja bagi membolehkan adik saya berehat,” katanya.

Abdul Sattar turut meminta orang ramai mendoakan supaya Annuar kembali pulih seperti biasa.

Reply