Anda Guna Secure2u Melalui Apps M2U MY? Bermula 1 Oktober Anda Tidak Boleh Lagi Gunakan Itu. Setting Sekarang Cara Ini
Berita baik buat pengguna apps maybank2u , Maybank kini membuat pengumuman kepada pengguna, semua pengaktifan baru untuk secure2u selepas ini hanya boleh dilakukan melalui apps MAE sahaja.
Secure2u dikenali sebagai kaedah yang digunakan oleh Maybank untuk mengesahkan sesuatu transaksi. Jika sebelum ini, kita biasa menggunakan TAC melalui sms.
Peringkat permulaan, pengguna harus mula mengaktifkan secure2u di smartphone dalam apps M2U MY. Kemudian anda boleh mengesahkan setiap transaksi menggunakan secure2u.
Berikut adalah poster rasmi dari Maybank berkenaan kemaskini terbaru ini.
Maybank kini memaklumkan pengguna, dimana semua pengaktifan baharu untuk Secure2U akan hanya boleh dilakukan melalui aplikasi MAE sahaja, bermula 1 Oktober 2022 kelak, dan tidak lagi boleh dilakukan melalui aplikasi M2U MY.
Berdasarkan kemaskini ini, pengumuman ini hanyalah melibatkan pengguna smartphone baru sahaja, jika anda telah menggunakan apps M2U MY dan mengesahkan secure2u dalam apps M2U, tiada sebarang perubahan. Anda boleh gunakannya seperti biasa.
Selain itu juga, bermula 8 Oktober 2022, pengaktifan secure2u akan mengambil masa sehingga 12 jam sebelum diaktifkan dalam smartphone yang berbeza.
Bagi Anda Yang Masih Belum Memuaturun Aplikasi MAE Dari MAYBANK . Video Tutorial Ini Akan Membantu Anda
Video Pertama Ini Adalah Khas Untuk Anda Yang Masih Belum Ada Akaun Maybank2u
Kebanyakan pengguna yang masih belum mempunyai akaun maybank2u kebiasaanya adalah dari kalangan warga emas, suri rumah atau mereka yang kurang pendedahan mengenai teknologi.
Kongsikan video pertama ini kepada mereka, supaya ianya membantu.
Video Kedua Ini Pula Adalah Khas Untuk Anda Yang Sudah Sedia Ada Mempunyai Akaun Maybank2u.
Dalam video kedua pula, video ini adalah perkongsian untuk pengguna maybank2u sedia ada yang ingin mula menggunakan aplikasi MAE dari Maybank. Ini kerana, banyak fungsi yang memudahkan terdapat dalam aplikasi MAE ini.
Paling terkini, pengguna MAE juga boleh terus mengaktifkan secure2u hanya menggunakan aplikasi MAE sahaja.
Kemaskini terbaru ini diharapkan akan lebih memudahkan anda untuk melakukan sebarang transaksi , penggunaan secure2u adalah usaha untuk menetapkan ciri-ciri keselamatan transaksi dan memudahkan pengguna untuk menyelesaikan urusan transaksi tanpa perlu menggunakan SMS TAC lagi.