no comments

ANAK SAUDARA SULTAN TERENGGANU KEMALANGAN

ANAK SAUDARA SULTAN TERENGGANU KEMALANGAN

Nissan GTR milik Tengku Baharuddin tersadai di tepi jalan selepas rempuhan bersama Honda Jazz

Anak saudara kepada Sultan Terengganu, Sultan Mizan Zainal Abidin telah terlibat dalam satu kemalangan. Kemalangan yang berlaku di hadapan stesen minyak Petron Batu Burok berhampiran Hotel Permai Inn itu, melibatkan pertembungan antara kereta jenis Nissan GTR dan Honda Jazz.

Kemalangan bermula apabila Honda Jazz putih (No. Plate TBJ 990) sedang melakukan pusingan U-turn di hadapan stesen minyak petron Batu Burok tiba-tiba didatangi oleh kereta Nissan GTR ( No. Plate TBM1) dan merempuhnya.

Nissan GTR itu dikatakan dari simpang empat lampu isyarat Batu Burok menghala ke Kuala Ibai Terengganu, tidak sempat mengelakkan lalu melanggar Honda Jazz berkenaan.

Menurut sumber dari orang ramai, Pemandu Nissan GTR TBM1 adalah anak Tengku Baharuddin Mahmud Ismail dan Honda Jazz putih dipandu oleh isteri Dato’ Mohd Sidi.

Status keadaan mangsa tidak dapat disahkan.

Reply