no comments

Anak Muda Mɛninggal Dengan Pelukan Tɛrakhir Buat Ibunya

Anak muda mɛninggal dgn pelukan tɛrakhir buat ibunya –

Masuk opis pagi ni, air mataku bergenang, meniti di kelopak mata, rupanya anak muda yang diucap takziah oleh Menteri Besar Terengganu semalam berjiran dengan rakan sepejabat denganku. Dan beginilah antara kisah arwah.

Beliau sangat aktif, sering ikut ayahnya berbasikal. Asbab kematian beliau, jumaat lepas, ikut ayah dan rakan-rakan ayah berkayuh ke telemong, ada lembu di tengah jalan, tiba-tiba ada kereta lalu dan bunyikan hon, lembu terkejut, lembu bertindak gan@s tanpa diduga, lalu beliau yang berada di posisi paling depan, dil4nggar oleh lembu, beliau jatuh, ayahnya terus hentikan basikal, melihat keadaan beliau, ada luka kecil di kepala, terus di bawa ke klinik berdekatan, Setelah doktor tengok, lalu luka kecil dua ruas jari dijahit terus pada waktu tersebut.

Pesan doktor mcm ni, “balik nnti kalau ada muntah dalam masa 24 jam, terus pergi hospital yer“. Arwah mengangguk paham. Balik di rumah, disambut oleh ibu, keadaan beliau pada waktu tu, masih boleh berjalan. Tak la sampai mengerang kesakitan. Lalu tiba-tiba, sedang beliau duduk di ruang tamu, beliau panggil satu-satunya adik beliau berusia 10 tahun. “Sini adik, abang nak peluk adik”, Ajakan tiba-tiba dari abangnya ini tidak langsung disambut adik, kenapa pulak abang ni tibe-tibe mintak peluk, sedang waktu tu, rombongan kayuh masih berada di situ.

Lalu tiba-tiba pula beliau panggil ibu, “ibu, yo nak peluk ibu”, permintaan tiba-tiba ini ibu tidak rasa curiga lagi, mungkin sebab dia sakit ni, jadi mintak peluk. Pelukan terkahir itu, dipeluk dengan sangat kuat. Mereka cuma dua beradik. Jadi sangat rapat dengan kedua ibu dan ayahnyer.

Beliau bergurau dengan ibu, “ibu, kalau abang takde nanti, ibu jaya ayah yer”, “kalau abang tiada siapa nak jaga ibu?” ibu sambut gurauan anak sulungnya dengan gurauan manja. “ibu, adik kan ada, adik boleh jaga ibu”, Usikan terakhir ini, tidak akan didengar lagi buat ibu pastinya.

Waktu solat sekejap lagi nak masuk, beliau tidak pergi solat kerana sakit waktu itu, lalu minta izin dengan ibu untuk pergi solat zohor sekejap. Seterusnya beliau capai Al-quran, sedang beliau lantunkan ayat-ayat mula kalam Allah, saat itu tiba-tiba beliau termuntah. Melihat kejadian itu, ibunya terus cemas. Doktor pesan dalam masa 24 jam muntah pergi hospital. Tanpa berlengah ibu dan ayah terus bawa ke hospital. Kata Doktor, kena buat CT Scan. Dapat result ada pendarahan kecil di kepala, dan mesti kena buat pembedahan terus serta-merta hari tersebut..

Setelah proses pembedahan, beliau koma sehingga hari isnin. Hari isnin, dapat perkembangan terbaru dari doktor. Kata doktor arwah dah takde harapan. Luluh, pasrah, tiada kata mampu diucapkan. Perasaan Redha mula muncul dalam hati dan perasaan.. Beliau masih k0ma. Esoknya hari selasa jam 9 pagi. Dapat makluman sinar bahagia dari Doktor. “Ada Perkembangan positif”, berita ni disambut perasaan penuh harapan dari ibu dan ayah. Ibunya memang sentiasa berada di samping sejak dimasukkan ke hospital. Jam berdetik dengan diiring harapan dan doa.

Tepat jam 11.40 pagi, hari selasa. Saat itu, pergilah beliau buat selamanya, badan yang berbaring di depan ibu, ditatap dengan penuh syahdu.. Pergilah, pergilah dengan penuh bahagia, Allah lebih menyayangi kamu. Kamu dijemput di saat perbuatan terkahir melantunkan kalam suci Allah.

Anak muda ini, berkelakuan sangat santun, meninggal di usia 23 tahun. Beliau pernah mengetuai rombongan menghantar memorandom bagi membantah penggabungan UNISZA dan UMT. Maknanya, beliau mempunyai sikap bertanggungjawab, demi masa depan generasi akan datang.

Dan beliau juga merupakan ahli masjid Kg Sungai Rengas, rakan sepejabat aku ni dengar kata2 seorang yg datang ziarah, “kurang doh la ahli masjid kiter”. Daripada bergenang air mataku, mengalir ke pipi tanpa sedar. Ya allah bahagianya beliau dijemput Allah. Alfatihah.

Oleh – Sabri Mamat (30 September 2020)

Reply