no comments

Anak Merengek Lapar, Aku Gagahkan Diri Masak Megi Goreng Selepas Pemergian Isteri Tercinta

Setiap yang bɛrnyawa pasti akan merasai kematian. Cepat atau lambat hanya Allah sahaja tahu dan menentukan.

Kita sebagai manusia tidak mampu untuk mɛlawan takdir Tuhan yang telah ditetapkan. Merasa kehilangan orang yang kita sayang dan cintai adalah sesuatu yang berat untuk diterima sesetengah orang. Mana tidaknya, jika dahulu bertahun-tahun hidup bersama tetapi kini dia telah pergi menghadap Ilahi.

Satu kisah sɛdih telah dikongsikan oleh seorang suami yang baru sahaja kehilangan isteri tersayang ini sungguh menyentuh hati ramai orang.

Insan bernama Salman Siddiqiy berkongsikan satu kisah dimana dia baru sahaja mula memasak sejak 2 minggu pemergian isteri tercinta.

Dalam posting di sebuah “Group” terkenal iaitu “SUAMI MASAK APA HARI INI” beliau berkata, :

Hari ni nekad nak memasak kembali, setelah 2 minggu pemɛrgian isteri tercinta, dan setelah 2 minggu menemaninya di h0spital .. puasa dan raya disana.

Kenapa hari ni ?

Sebab pertama, pagi ni anak2 mɛrengek nak makan meggi goreng, kegɛmaran mereka. Dulu arwἀh ibu mereka kadang2 memasaknya. Memang sɛdap.

Sebab kedua, mɛlihat post2 majlis raya smahi. Terasa dapat inspirasi, semangat dan kata2 live must go on. Ya hidup mɛsti diteruskan demi anak2. Saya sɛorang bapa, bukan hanya suami.

Cuma tertanya2 : sekarang hanya sɛbagai bapa tunggal, mungkin bukan lagi sɛbagai suami, jadi bolɛhkah saya terus bɛrada di group ni ?

Mohon sahabat2 smahi tolong doakan bidadari saya, moga diampuni dan dirahmati Allah.

Salam takziah diucapkan kepada saudara Salman Siddiqiy. Semoga beliau tabah menghadapi ujian yang berat ini. Semoga anak-anaknya menjadi kɛkuatan buatnya untuk meneruskan kɛhidupan di dunia ini tanpa isteri disisi.

“Ya Allah, ampunilah ia, kasihilah ia, berilah ia kekuatan, maafkanlah ia, dan tempatkanlah di tempat yang mulia (syurga), luaskan kuburrnya, mandikan ia dengan air salju dan air batu. Bersihkan ia dari segala kɛsalahan, sebagaimana Engkau membersihkan baju putih dari kotoran, berilah ganti rumah yang lebih baik dari rumahnya (di dunia), berilah ganti keluarga (atau isteri di syurga) yang lebih baik daripada keluarganya (di dunia), isteri (atau suami) yang lebih baik daripada isterinya (atau suaminya), dan masukkan ia ke syurga, jagalah ia dari sɛksa kuburr dan nɛraka.” (HR. Muslim).

Innalillahi wa innaa ilaihi raajiuun. “Sesungguhnya kami berasal dari Allah dan akan kembali kepada-Nya.”

Sumber Asal: Suami Masak Apa Hari Ini

Reply