no comments

Anak Dah Tersungkur Jatuh, Si Ayah Boleh Tengok Sahaja & Sambung Main Game, Sampai Hati

Menjadi lumrah dalam kehidupan berumah tangga, tanggunjawab menjaga anak haruslah dilakukan oleh kedua ibu bapa. Ramai yang berimpian untuk ada zuriat sendiri namun bila sudah dikurniakan zuriat, ada pula yang cuba mengelak untuk menunaikan tanggungjawab.

Ada juga yang beranggapan, tugas menjaga anak ini tugas isteri, semua isteri uruskan. Mandikan dia, basuh najisnya, beri makan dan sebagainya. Tanggapan ini salah sama sekali, sepatutnya ini mesti menjadi tanggungjawab kedua ibu bapa, barulah sama-sama merasa susah senang menguruskan anak yang sedang membesar.

Namun berbeza pula dengan ini.

Sampai hati sanggup biar anak jatuh tertonggeng macam tu sahaja..

Sedih bila melihat rakaman yang telah tular, tidak dikenalpasti berlaku dimana, tetapi rakaman video ini telah tular dan menimbulkan kemarahan majoriti netizen. Sampai hati si ayah biarkan sahaja anaknya jatuh tersungkur dan terus bermain permainan video.

Dalam video tersebut, kelihatan kanak-kanak dalam usia satu tahun itu sedang cuba memanjat katil bayi yang mempunyai penghadang. Malang nasib buat kanak-kanak perempuan tersebut, dia telah gagal untuk turun dan jatuh tertonggeng ke bawah katil. Jarak ketinggian anak itu jatuh agak membahayakan dan boleh menyebabkan anak itu cedera.

Tetapi si ayah ini membiarkan sahaja tanpa sebarang rasa belas kasihan, ayah durjana ini terus sambung bermain permainan video seperti tiada apa yang berlaku.

Si ibu lah yang datang berlari pantas untuk mengambil anaknya itu dan terus mendukung. Kelihatan dalam video tersebut, si ibu tergamam melihat suaminya yang tidak bertanggungjawab itu. Kelihatan seperti si isteri bercakap sesuatu yang pastinya adalah luahan kekecewaan terhadap suami.

Video yang tular tersebut telah mendapat respon kemarahan netizen.

“ni kalau laki aku memang kurampas telefon tu flush dalam jamban, tak pun balikng sampai berkecai handphone tu..”

berikut adalah antara tangkap layar respon netizen yang telah meluahkan perasaan masing-masing.

Ramai yang memberikan respon kekecewaan terhadap lelaki yang bernama suami itu.

Video ini cukup untuk menggambarkan pentingnya tolak ansur antara suami dan isteri dalam hidup berumah tangga. Malang bagi seorang isteri bila mendapat suami dengan sikap sebegitu rupa. Dalam kehidupan berumahtangga, kita mesti tahu apa tanggungjawab masing-masing.

Berusahalah untuk saling tolong-menolong, jangan pentingkan diri sendiri sahaja dengan membuat perkara yang sia-sia. Tanggungjawab suami juga bukan sekadar menjaga anak dengan baik, tetapi memelihara jiwa pasangan dengan sebaiknya supaya kebahagian keluarga dalam kekal hingga ke akhir hayat.

Jika tidak mampu menjadi pasangan atau ayah yang baik, jangan memandai-mandai mengahwini mana-mana wanita semata-mata untuk melihat hidupnya menderita.

Reply