no comments

Anak Angkat Juara Gegar Vaganza Azharina Meninggal Dunia

Anak Angkat Juara Gegar Vaganza Azharina Azhar, Meninggal Dunia

Anak angkat kedua penyanyi Azharina Azhar iaitu Rizqie Azharin Azhar yang menghidap komplikasi pelbagai penyakit gagal diselamatkan dan meninggal dunia pada Selasa hari ini.

Rizqie Azharin yang baru sahaja berusia hampir sebulan menghembuskan nafas terakhir di Hospital Putrajaya kira-kira pukul 10.30 pagi.

Kanak-kanak itu dimasukkan di hospital berkenaan pada malam Ahad lalu selepas diserang demam panas dan ditempatkan di Unit Rawatan Rapi (ICU) kerana keadaannya kritikal.

Azharina berkata, anak angkatnya itu mengalami pendarahan otak dan kerosakan pada kedua-dua buah pinggang.

“Saya reda dengan pemergian Rizqie. Saya bersyukur kerana sempat menjaganya meski hanya 22 hari.

“Selama dia dirawat di wad ini sejak semalam, saya tak sanggup melihat keadaan Rizqie,” katanya.

Jenazah kanak-kanak itu akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam, Batu 14 Puchong selepas solat Asar pada Selasa.

Selain Rizkie, Azharina turut mempunyai seorang lagi anak angkat iaitu Rahmat Azharin Azhar Abdullah yang kini berusia 3 tahun.

mStar Online

Reply