no comments

Ammar Titan Nikah: Putus Tunang 3 Tahun Lalu, Akhirnya Berjodoh Jua…

Ammar Titan Nikah: Putus Tunang 3 Tahun Lalu, Akhirnya Berjodoh Jua…

Pelawak Ammar Titan, atau nama sebenarnya Azizul Ammar Abu Hassan 30, akhirnya bergelar suami kepada Nur Amalina Jamil, 28, dengan hanya sekali lafaz.

Sebelum ini, pasangan itu pernah menjalinkan ikatan tunang, namun putus tiga tahun lepas.

Harini ini,pasangan itu dinikahkan bapa pengantin perempuan, Haji Jamil Shamsudin pada 9.45 pagi tadi.

Majlis disaksikan Penolong Pendaftar Perkahwinan Masjid Raudhotul Jannah, Kampung Sungai Buah, Ustaz Muhammad Nadzri Ismail serta ahli keluarga dan rakan terdekat.

Pengantin perempuan menerima mas kahwin RM3,000 dan wang hantaran RM10,000.

Majlis resepsi berlangsung pada hari yang sama dan diadakan sederhana namun tetap meriah.

Ammar berkata, dia bersyukur kerana bekas tunangnya menerima lamaran.

“Alhamdulillah, semuanya sudah selesai dan majlis berjalan lancar. Insya-Allah saya akan menjadi suami terbaik untuknya.

“Inilah yang dinamakan jodoh. Selepas putus tunang tiga tahun lalu, kami masih berkawan baik. Hubungan itu akhirnya membawa kami ke jenjang pelamin,” katanya.

HMetro Online

 

Reply