no comments

Amerika Buta Sejarah, Sangka Singapura Dalam Malaysia

Mungkin menyangka bahawa negara Singapura adalah sebahagian dari Malaysia, Jabatan Negara Amerika Syarikat (AS) dilihat seperti buta sejarah.

Menurut kenyataan media berkenaan taklimat akhbar daripada Setiausaha Negara, Mike Pompeo, alamat tempat yang tertera wujud perkataan ‘Malaysia’ dalam laman web rasmi jabatan itu pada hari Isnin.

Alamat berkenaan ditulis “JW Marriott, Singapura, Malaysia”.

Sehingga pukul 1.45 petang Selasa, kesilapan itu masih belum diperbetulkan.

Singapura merupakan sebahagian daripada Malaysia selama dua tahun sejak 1963 melalui Perjanjian Malaysia yang membentuk persekutuan antara Tanah Melayu, Borneo Utara (Sabah) dan Sarawak.

Dua tahun kemudian, Singapura keluar daripada persekutuan dan menjadi sebuah negara republik pada tahun 1965.

Singapura dipilih menjadi tempat pertemuan antara pemimpin negara AS, Presiden Donald Trump dengan pemimpin tertinggi Kim Jong Un untuk mengadakan rundingan damai menghentikan program nuklear di Korea Utara.

Pemilihan Singapura sebagai lokasi pertemuan antara Trump dan Kim telah dilihat sebagai detik bersejarah dan membanggakan untuk negara republik itu. Pertemuan itu adalah julung kali membabitkan pemimpin tertinggi kedua-dua negara dan mendapat perhatian seluruh dunia.

Reply