no comments

AMANAT Terakhir Allahyarham Tan Sri SM Salim

AMANAT Terakhir Allahyarham Tan Sri SM Salim

Keluarga Allahyarham Tan Sri SM Salim berharap stesen radio dan badan penyiaran tempatan tidak menyiarkan lagu dendangan Allahyarham dalam tempoh terdekat.

Anak Allahyarham, Sheikh Shamsul berkata, ia sebagai memenuhi amanat yang pernah ditinggalkan seniman itu ketika hayatnya supaya lagu-lagu nyanyiannya tidak disiarkan sekurang-kurangnya 30 hari atau sebaik-baiknya 44 hari selepas beliau meninggal dunia.

“Oleh itu kami berharap media tidak memainkan lagu Allahyarham sekurang-kurangnya dalam tempoh tujuh hingga 10 hari ini.

“(Namun) terpulang kepada budi bicara media untuk menyusun apa yang terbaik untuk arwah dan orang awam secara umum,” katanya di sini, hari ini.

Shamsul berkata perkara itu pernah dibincangkan bersama bapanya yang pernah berpesan supaya lagu-lagu beliau tidak dimainkan selepas pemergiannya.

Namun Shamsul berkata ia adalah perkara subjektif kerana kebanyakan hasil seni Allahyarham berada dalam simpanan media.

Allahyarham SM Salim, 88, atau nama sebenarnya Sheikh Salim Sheikh Muhammad Al Mahros, menghembuskan nafas terakhir di kediamannya pada 5.45 petang hari ini kerana sakit tua. – BERNAMA

Dalam satu temubual Allahyarham bersama Utusan pada tahun 2001, Allahyarham pernah membuat permintaan agar lagunya tidak dimainkan sekurang-kurangnya 30 hari atau sebaik-baiknya 44 hari.

“Janganlah mainkan lagu saya selama sekurang-kurangnya 30 hari atau sebaik-baiknya 44 hari selepas saya meninggalkan dunia ini.”

“Bukan apa, kita yang hidup di atas bumi tidak tahu apa yang berlaku kepada orang yang meninggal dunia, jadi berikan sedikit ruang kepada mereka. Itulah yang saya harapkan,” katanya dalam temubual 15 tahun lalu itu.

Anak sulung Allahyarham Tan Sri S M Salim, Siti Noraishah Salim(kiri) tidak dapat menahan kesedihan pemergian allahyarham bapanya Tan Sri SM Salim yang menghembuskan nafas terakhir pada jam 5.45 petang di kediamannya di Taman Sering Ukay, Hulu Klang- NSTP

Jenazah Allahyarham akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam, Jalan Ampang di sini, selepas solat Jumaat esok.

Jenazah dijangka disolatkan di Masjid Jamek Kampung Baru pada 10.30 pagi esok.

 

Reply