Alahai! Dah Kenapa 5 Orang Mat Motor Buat Roadblock Ni, Siap Main Kejar-Kejar Di Trafik Light
Gara-gara seekor anak kucing comel, jalan raya yang sibuk dengan kenderaan tiba-tiba bertukar menjadi huru-hara dengan sekumpulan pemuda yang kelihatan sedang bertempiaran lari ditengah jalan.
Semuanya kerana ingin menyelamatkan kucing berkenaan dari dilanggar kereta yang sedang sibuk di jalan raya. Kejadian itu dipercayai berlaku disekitar jalan raya Taman Melati dan video berkenaan menunjukkan jalan raya sedang sibuk dengan kenderaan.

Perkongsian video ini adalah satu lagi kisah keperihatinan masyarakat kita terhadap haiwan dan rasa belas kasihan terhadap haiwan. Sanggupkah kita melihat haiwan berkenaan dilanggar dengan sia-sia sahaja, sudah tentu kita tidak mampu melihatnya. Apatahlagi kita sememangnya ramai yang mencintai haiwan ini.
Berikut adalah video yang telah tular tersebut
Dalam rakaman yang tular tersebut, turut kedengaran suara wanita yang sedang merakam merasa geli hati dengan tingkah laku pemuda terbabit. Rata-rata netizen merasakan video ini sebagai video yang lucu dan comel untuk menyelamatkan seekor haiwan.
Cuba bayangkan, jika binatang itu adalah haiwan peliharaan anda yang sedang sesat ditengah jalan raya, sudah pasti anda akan risau akan keselamatannya bukan. Begitulah juga sikap yang diperlihatkan oleh sekumpulan pemuda ini. Gaji penjawat awam.
Dari video ini, kita sebagai pengguna jalan raya juga harus tidak mengenepikan sikap prihatin terhadap haiwan ini, ianya sedikit sebanyak dapat memberi gambaran kepada umum, bagaimana sikap rakyat Malaysia terhadap haiwan, jika video ini tular sehingga ke luar negara, sudah pasti ianya memberi gambaran yang positif terhadap rakyat Malaysia.
Untuk anda yang ada binatang peliharaan, jagalah haiwan kesayangan anda itu sebaiknya, jangan biarkan dia bebas dan tersesat seperti kucing ini, mungkin kucing ini sedang mencari tempat asalnya, tetapi terkandas di tengah jalan.