no comments

[AL-FATIHAH] TUNGKU ABDUL JALIL ISKANDAR SULTAN IBRAHIM MANGKAT..!

tengku-jalil-sakit2

[AL-FATIHAH] TUNGKU ABDUL JALIL ISKANDAR SULTAN IBRAHIM MANGKAT..!

Al-Fatihah…
Tunku Laksamana diRaja Johor, Tunku Jalil telah disahkan meninggal dunia sebentar tadi sekitar jam 7.11 petang di Hospital Sultanah Aminah, Johor.

Tunku merupakan penghidap kanser hati tahap 4. Jenazah dikebumikan esok selepas Zohor di makam diRaja Mahmoodiah.

Salam takziah buat keluarga diRaja Johor kerana kehilangan anakanda diusia muda. Info terima dari Tunku Puan Pahang dan DT.

Untitled.png

Jenazah Allahyarham akan diiring ke Istana Besar Johor Bahru dan disemayamkan di sana.

“Jabatan Agama Islam Johor (JAIJ) akan memulakan bacaan tahlil di bilik jenazah dan pada esok jam 7 pagi akan disempurnakan Istiadat Siram Jenazah dan Mengkafankan Jenazah. “Jenazah kemudian akan disemayamkan di Petrana tujuh tingkat di Bilik Singgah Sana Istana Besar Johor.

Bermula jam 9 pagi hingga 11.30 pagi, rakyat jelata dibenarkan untuk hadir memberikan penghormatan terakhir menggunakan pakaian sopan.

2.jpg

Tunku Abdul Jalil Sultan Johor.jpg

Tunku Laksamana Johor, Tunku Abdul Jalil Sultan Ibrahim diputerakan pada 7 Julai 1990 di HSA. Allahyarham adalah putera keempat Sultan Johor, Sultan Ibrahim Iskandar dan Raja Permaisuri Johor, Raja Zarith Sofiah Sultan Idris Shah.

Tunku Abdul Jalil mendapat pendidikan awal di Sekolah Sri Utama Johor Bahru dan Sekolah Antarabangsa Yayasan Pelajaran Johor (YPJ) Zaikarim Johor Bahru, sebelum meneruskan pengajian dalam bidang Zoologi dan Pemuliharaan di sebuah universiti di United Kingdom selama dua tahun. Allahyarham yang mesra dengan gelaran Lil pernah menjalani kursus latihan kepolisan selama sembilan bulan sekali gus bergelar Inspektor pada tahun 2011.

Tunku Abdul Jalil mula mendapatkan rawatan untuk penyakit kanser hati yang dihidapinya tahun lalu dan menjalani pembedahan pemindahan hati di China.

Sebuah yayasan bagi membantu pesakit kurang berkemampuan termasuk kos rawatan ditubuhkan sempena baginda iaitu Yayasan Kanser Tunku Laksamana Johor.

Sama-sama kita sedekahkan Al-Fatihah buat beliau semoga ditempatkan bersama orang-orang yang beriman.

Al-Fatihah

Reply