no comments

(AL FATIHAH) Sultan Kedah, Abdul Halim Mu’adzam Shah MANGKAT

Dikhabarkan Tuanku Sultan Kedah, Sultan Abdul Halim Mu’adzam Shah Ibni Al-Marhum Sultan Badlishah baru sahaja mangkat di Istana Anak Bukit Alor Star, Kedah hari ini (11 September 2017).

Kemangkatan Kebawah Duli Yg Maha Mulia Almarhum Sultan Abdul Halim Mu’adzam Shah kira-kira jam 2.30 petang tadi pada usia 90 tahun.

Setakat ini belum ada sebarang kenyataan rasmi dikeluarkan oleh mana-mana pihak namun Menteri Besar, Datuk Seri Ahmad Bashah Md. Hanipah dilaporkan akan mengadakan satu sidang akhbar mengenainya di Wisma Darul Aman petang ini.

Al-Sultan Almu’tasimu Billahi Muhibbuddin Tuanku Alhaj Abdul Halim Mu’adzam Shah Ibni Al-Marhum Sultan Badlishah, merupakan Sultan Kedah ke-27 serta Yang di-Pertuan Agong Malaysia yang ke-5 dan ke-14.

Almarhum Sultan Abdul Halim juga merupakan anak saudara kepada perdana menteri Malaysia yang pertama iaitu Tunku Abdul Rahman Putra al-Haj.

Al Fatihah

Reply

facebook KLIK PANGKAH 2 KALI UNTUK TUTUP Button Close