no comments

[AL-FATIHAH] SENIWATI MARIANI MENINGGAL DUNIA

Pelakon Mariani Meninggal Dunia.jpg

[AL-FATIHAH] SENIWATI MARIANI MENINGGAL DUNIA

Semalam kita dikejutkan dengan pemergian Allahyarham Yus Jambu, hari ini kita dikejutkan lagi dengan pemergian seniwati Mariani / Mariam @ Mariani Bt. Ismail.

Berita sedih ini disahkan sendiri oleh anak pelakon itu, Melissa Saila menerusi facebooknya. Setakat ini, Melissa ketika dihubungi sedang menguruskan jenazah ibunya.

Primadona Mariani atau Mariam Ismail, 82, disahkan meninggal dunia akibat kanser usus di kediamannya di Sentul pada jam 7.32 malam tadi.

Mariam Ismail Meninggal Dunia.png

Seniwati Mariani merupakan seorang seniwati Melayu terkenal yang juga kakak kepada biduanita Puan Sri Saloma. Beliau dilahirkan pada 20 April 1933 di Tanjung Pagar, Singapura. Beliau adalah antara seniwati paling bergaya sewaktu kegemilangan Studio Jalan Ampas dan pernah berlakon bersama Seniman Tan Sri P.Ramlee dalam beberapa filem pada era 60-an.

Salam takziah diucapkan buat keluarga Allahyarhamah Mariani. Semoga rohnya dicucuri rahmat. Al-Fatihah

Reply

facebook KLIK PANGKAH 2 KALI UNTUK TUTUP Button Close