no comments

Al Fatihah. Hampir 2 Tahun Pemergian Abam Bocey, Kini Ibunya Pula Sudah Pergi

Beberapa minit yang lepas rakan karib kepada Allahyarham Abam Bocey iaitu Achey Bocey telah membuat satu posting mengenai pemergian ibu kepada arwah pelakon dan pelawak itu.

acheykintangkintung di laman instagramnya membuat satu posting bergambar bertulis “Innalillahiwainnaihirojiun aliputeh_official”.

Posting itu ditujukan khas kepada adik kepada arwah Abam Bocey iaitu Ali Puteh yang juga merupakan seorang pelawak.

Berita kɛmatian ibu Allahyarham Abam Bocey ini sudah pasti mengɛjutkan ramai pihak memandangkan Abam Bocey baru sahaja mɛninggal dunia pada awal tahun lepas.

Tidak sampai dua tahun pemergian Allahyarham Abam Bocey, ibunya pula telah pergi pada malam jumaat yang penuh barakah ini.

Sabariah Arshad iaitu ibu kepada Arwah Abam Bocey dan Ali Puteh telah pergi mengadap Ilahi pada hari ini dan juga merupakan malam jumaat.

Di dalam caption Achey itu berkata, “Malam jumaat pemergian mu mak Ali Puteh. Moga mak tenang di sana…moga bertemu dengan anakmu Abam tercinta di syurga in shaa Allah…

Terdahulu, Abam Bocey yang juga anggota kumpulan Bocey meninggal dunia di kediamannya di Gombak pada Isnin, 10 Februari 2020. Ketika itu umurnya baru sahaja 32 tahun dan meninggalkan seorang isteri dan anak yang masih kecil.

Berita mengenai kɛmatian Abam Bocey ketika itu telah mendapat liputan meluas media di Malaysia. Banyak cerita baik mengenai arwah mula disebarkan dan didedahkan selepas pemergiannya.

Abam dan Nor Hidayah berkahwin pada 2017 dan dikurniakan seorang anak lelaki, Syed Uthman Hamzah Al-Juffrey bin Syed Umar Mokhtar Al-Juffrey, 5 bulan.

Abam atau nama sebenarnya Syed Umar Mokhtar bin Syed Mohd Redzuan, 32, merupakan seorang pelawak, pelakon dan ahli kumpulan Bocey bersama Fad dan Acey.

Al-Fatihah. Semoga kedua-dua roh Abam dan ibunya ditempatkan dalam kalangan orang-orang soleh, solehah dan mendapat tempat di syurga kelak. Amin…

Reply