no comments

Aku Intai Bilik Anak Aku, Adik Aku Langsung Tak Tidur. Dia Duduk Atas Lantai Tenung Katil Anak Aku

Aku memang marah adik aku ni lepastu dia masuk dalam kereta. Bila dah masuk dalam kereta aku tengok dia resah semacam je sampai berpeluh. Malam tu jugak aku sengaja siasat guna CCTV dalam bilik anak aku. Aku nampak adik bangun tengah malam…

Korang mesti pernah dengar kan perkataan OCD atau nama terperincinya Obsesive compulsive disorder kan?. Dulu aku tak ambil tahu langsung pasa OCD ni walaupun benda tu selalu disebut oleh orang sekeliling kita, tapi bila benda ni jadi dalam keluarga sendiri, aku memang jadi marah kalau orang sesuka hati nak cakap diri dia ada OCD.

“Aku ni jenis kalau lap dapur, mesti kena lap sekali celah-celah, sebab aku ni OCD skit”

‘Aku memang tak boleh lah kalau tengok orang ikat tali kasut, tak pun pijak kasut dekat belakang, rasa geram je tengok sebab aku ni OCD”

Gambar Hiasan

“Aku sebelum tidur mesti akan pastikan cadar katil aku tegang dan tak boleh ada kedut-kedut sebab aku ni OCD”

Biasa tak korang dengar ayat ni dari rakan-rakan atau orang terdekat? aku sendiri bila tengok kalau ada rakan-rakan yang macam ni, bila tahu sahaja, sebenarnya kami anggap itu hanya teliti dan perfectionist, bukannya OCD. Bila difikir balik, aku sendiri pun kalau lap dapur mesti lap semua sekali, tak de buat separuh jalan.

Begitu jugak dengan cadar, benda tu dah jadi rutin kan bila nak betulkan tempat tidur sebelum dengan selepas tidur? Cumanya ada sesetengah yang tidak menjadikan itu sebagai rutin, mungkin dia jenis pemalas lah atau mungkin hari itu dia nak cepat? kita tak tahu lah hal masing-masing.

Kembali pasal OCD ni, benda ni terjadi kepada adik bongsu aku yang berumur 13 tahun dan dia ni tua setahun dari anak sulung aku. Selama ini takde siapa pun yang tahu dan menyedari akan tabiat dia yang sebenarnya adalah tak normal sampailah dia tinggal dengan aku sendiri masa cuti sekolah yang lalu.

Dia duduk sebilik dengan anak aku, sebab diorang ni memang rapat cumanya jarang berjumpa sebab PKP dan aku ni selalu sibuk untuk pulang ke kampung. Bila pertama kali aku sedar semasa kami sama-sama makan malam kat rumah. Dia yang mesra aku panggil Ria berulang kali pergi ke dapur tanpa membawa apa-apa makanan atau barang.

Bila kerap sangat jadi macam tu, aku tanyalah dia, Ria nak apa pergi dapur? “Ria rasa Kak Ngah tak tutup api dapur tadi, bahaya tau” inilah jawapan dia. Masa itu aku tak sedar lagi, aku cakap check sekali sudah lah. Yang kamu berulang kali nak pergi check tu kenapa?

Kali keuda pula masa kami pergi ke Mall, aku pesan suruh tutup semua lampu dengan pintu bilik, jangan biarkan ternganga. Masa semua orang dah dekat luar nak masuk dalam kereta, dia banyak kali masuk dalam sebab nak check pintu dah tutup ke belum.

Berulang kali sampai aku naik angin tau, aku pun marah, dia terus masuk dalam kereta. Bila aku tengok dia dalam kereta , dia resah semacam sampai berpeluh. Suami aku kata macam ada yang tak kena adik aku tu, tapi masa tu aku cuba nak nafikan walaupun aku memang dah tahu adik aku tu memang ada masalah pelik.

Malam tu aku call mak , mak aku kata adik aku tu memang macam tu. Mereka dekat kampung dah malas nak layan perangai dia. Kali terakhir yang buat aku terus rujuk dia ke pakar bila anak aku mengadu Ria ni tak tidur malam.

Malam tu aku cuba intai dia dan ya dia hanya duduk dekat lantai. Aku tanya dia kenapa tak tidur, dia kata cadar anak aku tu senget dan tak berkedudukan tepat. Belah kanan dan kirinya tak sama. Aku kata benda takde apa pun, tidur jelah tapi dia tetap taknak tidur.

Esoknya aku suruh anak aku tidur dengan adik dia sebab aku nak perhatikan gerak gerik adik aku sendiri dan kebetulan pulak dekat bilik anak aku tu ada cctv yang aku boleh pantau terus dari handphone. Jangan pula cakap aku ceroboh privasi anak ya sebab dia ada ruang untuk tukar baju sendiri dan tak kelihatan di cctv.

Aku beli dulu pun sebab nak pantai dia masa PKP sebab ada kes tak siap homework sampai cikgu sendiri mengadu pada aku. CCTV tu pun 360 boleh pusing ke kiri dan ke kanan dan boleh ada komunikasi dua hala.

Gambar Hiasan

Malam tu aku cuba tengok, dia baring dan bangun semula membetulkan cadar berulang-ulang kali sampai aku sendiri pun dah tak larat layan mata. Berulang kali dia buat benda yang sama, aku dah pening tengok. Esoknya aku dan suami tanya pada Ria, bila je dia tidur? dia kata bila dah ngantuk sangat. Pagi tu jugak aku bawak dia pergi klinik dan dapat rujukan kepada pakar.

Kenapalah selama ni aku tak perasan, mata dia ni selalu sembap? Doktor diagnos dia ada masalah OCD dan sekarang masih lagi dalam rawatan. Aku buat keputusan untuk bekerja dari rumah dan masuk pejabat bila perlu sahaja, sebabnya aku nak pantau dia sendiri.

Walaupun gaji aku jadi makin berkurang, tapi aku percaya pada rezeki untuk aku insyaAllah. Sekarang Ria duduk rumah aku dan bawa berjumpa dengan pakar psikiatri di hospital berhampiran rumah aku. Mak pulak setiap hari menangis sebab dia rasa gagal dan masih tak boleh terima adik aku ni berpenyakit.

Aku pun tak salahkan mak sebab dia dah tua, mestilah dia tak perasan dan tak tahu pun benda tu OCD. Pada sesiapa yang suka cakap diri dia ada masalah OCD, tolonglah hentikan kecuali kalau memang dah betul-betul disahkan oleh doktro. Tengok adik aku sendiri, dia dah jadi sengsara sangat sampai keadaannya buat hati aku terobek.

Dia nak tidur pun susah, sekarang dia tidur dengan bantuan ubat tidur. Tolong doakan adik aku supaya dipermudahkan urusan dan adik kesayangan aku ni sihat ya.

Reply