Aku bosan suami gaji kecik, aku tekad buka meja jual nasi lemak depan rumah. Hari pertama niaga dah jadi macam ni
Kali ini, penulis berkongsi satu lagi kisah kehidupan yang diharapkan mampu memberikan inspirasi kepada pembaca semua.
Kisah ini adalah berkisar kepada seorang ibu kepada 3 orang anak dan juga isteri kepada seorang suami. Pemilik nama Zaita ini berkongsi ceritanya dalam satu luahan kehidupan peribadinya.
Zaita memulakan kisahnya..
Salam pembaca semua, saya harap admin dapat siarkan kisah pengakuan saya yang tidak seberapa ini ya. Nama saya Zaita, tinggal di sebuah daerah di negeri Johor. Berhampiran dengan Johor Bahru. Ketika ini umur saya sudah 35 tahun, mempunyai 3 orang anak masing-masing berusia 15, 13 tan 8 tahun.
Suami saya bekerja sebagai seorang penyelia kilang dengan pendapatan 3 ribu sebulan termasuk OT dan elaun-elaun tambahan yang tetap. Setelah ditolak semua komitmen seperti rumah, bayaran kereta Bezza, nafkah saya dan anak-anak, baki cuma tinggal RM1K sahaja.
Bayaran bulanan rumah pun cuma RM500 sebulan sahaja, kereta Bezza pun sama, juga RM500 sebulan. Tambahan lagi, kami mempunyai sebuah kancil legend yang kami beli dulu secara tunai dengan harga RM3,000. Rumah yang kami duduki sekarang cuma rumah teres kos sederhana, suami yang beli dulu, pada masa tu harga RM100K sahaja, yang dibelinya pada tahun 2008.
Saya rasa kalau sekarang, mungkin sudah naik harganya mencecah RM300K. Rumah teres yang saya tinggal ada 3 bilik. Bila sudah berkahwin, suami saya cakap, tak perlu kerja, sebelum ini saya pernah bekerja sebagai operator kilang selama 3 tahun.
Abang beritahu, biar abang tanggung semua, walaupun ketika baru berkahwin, gaji dia cuma RM1800 sahaja.
Saya ikutkan sahaja kata suami, tapi bila dah lama tu, saya mula rasa bosan duduk dirumah. Saya mohon izin suami untuk berniaga nasi lemak kecil-kecilan di depan rumah. Saya berfikir kawasan rumah saya tu bagus untuk berniaga kerana depan simpang orang selalu lalu lalang.
Saya ni memang suka berniaga, sebab ibu bapa saya juga berniaga sarapan pagi di warung di kampung.
Saya pula memang sudah biasa tolong mak ayah saya berniaga. Maka saya mulakan perniagaan nasi lemak dengan 20 bungkus nasi lemak telur , 20 bungkus mihunm 20 bungkus mee goreng telur. Karipap 50 biji, saya jual dengan harga RM2 sebungkus dan karipap 4 biji RM1.
Saya terkejut, MasyaAllah, hari pertama berniaga, semuanya boleh habis. Meloncat saya kerana gembira, syukur sangat. Di hari pertama sahaja, saya dapat hasil jualan sebanyak RM130. Tolak dengan modal, dapat untung bersih sekitar RM60. Saya makin bersemangat dan tidak menoleh ke belakang lagi.
Saya teruskan perniagaan tersebut sehinggalah ianya menjadi sebutan dalam kalangan jiran di rumah. Walaubagaimanapun saya tetap dengan perniagaan berskala kecil, risau takut terlalu penat, nanti kalau terlalu sibuk, risau pula anak-anak terabai.
Ini kerana niat asal saya berniaga hanya sekadar nak hilangkan rasa bosan dan sedikit sebanyak nak bantu suami tanggung keluarga. Sekarang bisnes nasi lemak saya ni masih kekal seperti dulu, cuma saya tambahkan sedikit lauk seperti ayam goreng, donut cheese, donut coklat, burger malaysia dan beberapa kuih yang jiran tumpang letak.
Jika dibandingkan dahulu, pendapatan lebih la sikit, sebab harga nasi lemak telur pun dah RM3 sekarang. Untung tu lebih kurang sahaja sebab harga barang mentah dah semakin naik.
Adakalanya, saya bercuti juga sekiranya ada urusan nak balik kampung, hari tetap yang saya bercuti adalah hari Ahad kerana suami saya pun bercuti. Bolehlah bawa anak-anak pergi berjalan. Alhamdululah hasil perniagaan kecilan ini, saya dapat pendapatan sebulan bersih dalam RM1500 hingga RM1800 (selepas tolak modal). Saya berniaga pun ambil masa yang sekejap sahaja.
Rutin kebiasaan saya ialah, pada pukul 7 pagi saya akan buka meja berpayung di depan rumah. Biasa pukul 9 pagi sudah habis. Pelanggan tetap saya adalah orang yang nak pergi bekerja. Kebanyakan diorang ni suka beli untuk bawa bekal pergi kerja disamping belikan untuk kawan sekerja yang kirim.
Bab-bab barang ni, taste saya murah sahaja, jadi lebihan duit bolehlah saya hulur sedikit kepada mak ayah di kampung. Dapat juga tolong suami sedikit walaupun suami saya cakap tak payah. Kata suami saya, Abang mampu lagi hehehehe.
Apabila digabungkan pendapatan saya dan suami, masih tak banyak macam orang lain yang bekerjaya profesional.
Tapi alhamdulilah saya bahagia dengan kehidupan sederhana macam ni. Tiada hutang yang berat, hutang rumah dan kereta boleh dibayar seperti biasa. Tiada apa-apa tunggakan. Sama jugak dengan insuran anak, bil api air semua , boleh ditanggung dengan baik.
Sekali sekala, kalau anak teringin nak makan KFC atau MCD, masih boleh nak bawa mereka sebulan sekali. Kalau nak berhibur bersama keluarga, saya bawa anak anak ke tempat yang murah atau tidak berbayar seperti ke pantai. Sebab saya ada dengar juga, banyak cerita pasal orang yang bekerjaya hebat, banyak duit, tapi sentiasa tak cukup setiap bulan.
Pendapat saya, ini mungkin disebabkan oleh sebab berhutang lebih dari kemampuan. Pengajaran dari cerita saya ni, kita hiduplah ikut kemampuan kita. InsyaAllah bahagia. Bersyukur tu sangat-sangat penting, janganlah terlalu tamak dengan dunia. Zita ucapkan terima kasih sebab sudi baca perkongsian saya yang tidak seberapa ini. Saya ni tak belajar tinggi, lepas SPM terus bekerja nak bantu mak ayah. Terima kasih juga admin sebab siarkan.
Diharapkan perkongsian Zita ini dapat memberikan inspirasi kepada kita semua, kebahagian yang hakiki adalah hidup tenang,tidak dibebani hutang yang melampau dan paling penting, dapat luangkan banyak masa bersama keluarga.