no comments

Aksi Melampau Wanita Bertudung Ini Berjaya Dirakam

Aksi Melampau Wanita Bertudung Ini Berjaya Dirakam.jpg

Sebuah video yang berdurasi lebih 2 minit memaparkan aksi seorang wanita berkaca mata dan berbaju biru yang sedang menyelongkar beberapa beg dalam sebuah bilik di sebuah taska menjadi viral.

Aksi Melampau Wanita Bertudung Ini Berjaya Dirakam (2).jpg

Menerusi video perkongsian dari Natasha Zainal itu, wanita tersebut dilihat menceroboh masuk bilik pemilik taska ketika sedang berlangsungnya kenduri.

Natasha menulis di laman Facebooknya, “Maaf, tak ada niat nak memalukan mana-mana pihak tapi kami sekeluarga perlu cari perempuan ni, sebab benda yang dia ambil bukan sikit, mohon bantuan semua warga FB, mana yang agak-agak kenal perempuan ini boleh PM, harap sangat.”

Menurut perkongsian itu lagi, Natasha berkata dia akan membuat laporan polis dan menyeru pencuri itu memulangkan semua harta benda yang telah diambilnya dari bilik tersebut.

Reply