no comments

Akibat Cukai Dan Keceluparan Nazri, Sarawak Umum Keluar Dari Pelancongan Malaysia Serta-Merta!

Akibat Cukai Dan Keceluparan Nazri, Sarawak Umum Keluar Dari Pelancongan Malaysia Serta-Merta!

Isu pertikaian pelaksanaan cukai pelancongan dan tindakan Nazri melabelkan menteri Sarawak sebagai ‘samseng’ & ‘menteri setahun jagung’, membawa kerajaan negeri Sarawak mengumumkan penarikan diri daripada Lembaga Pelancongan Malaysia (Malaysia Tourism Board) serta-merta hari ini.

Menurut kenyataan Pejabat Ketua Menteri,“Kerajaan negeri menganggap penyertaan wakil dalam Tourism Malaysia tidak perlu kerana ia bertindih dengan peranan dan fungsi Lembaga Penggalakan Pelancongan Sarawak.”

Langkah tersebut diambil selepas Menteri Pelancongan dan Kebudayaan, Datuk Seri Nazri Aziz membidas Menteri Pelancongan, Kesenian, Kebudayaan, Belia dan Sukan Sarawak, Datuk Abdul Karim Rahman Hamzah berhubung kenyataan pelaksanaan cukai pelancongan.

“Anda tidak perlu bercakap besar dalam politik. Jika anda mahu menunjukkan samseng, kita adalah samseng lagi besar,” kata Nazri semalam yang turut menyifatkan Karim “setahun jagung”.

Kenyataan itu dimuat naik oleh Setiausaha Sulit Kanan Ketua Menteri, Wan Khalik Wan Muhammad.

 

Ekoran tindakan mengejut itu, Nazri berterima kasih pada Sarawak dengan menarik balik wakilnya dalam industri pelancongan Malaysia.

Sementara itu juga, sabah turut menolak sebarang pelaksanaan Cukai Pelancongan yang dicadangkan oleh Menteri Pelancongan dan Kebudayaan, Datuk Seri Nazri Aziz bermula 1 Julai ini, lapor Sarawak Voice.

Menurut Menteri Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar Negeri Sabah, Datuk Seri Masidi Manjun, sebarang bentuk cukai perlu disalurkan ke negeri Sabah, bukannya ke kantung Kerajaan Persekutuan.

Katanya juga,”Ramai rakyat Sabah akan kehilangan pekerjaan jika industri pelancongan terjejas dan keadaan akan bertambah buruk jika kerajaan mengambil keputusan melaksanakan cukai pelancongan.”

Sarawak voice, Utusan Borneo

Reply