AHMAD MASLAN AJAR RESEPI NASI GORENG TANPA GST
AHMAD MASLAN AJAR RESEPI NASI GORENG TANPA GST
Meskipun sering dikritik ramai, ianya tidak menghalang buat Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Ahmad Maslan untuk mempertahankan pelaksanaan Sistem Cukai Barang Dan Perkhidmatan (GST). Sejak April lalu, Ahmad Maslan telah banyak mengeluarkan “statement bodohnya” bagi mengajar rakyat mengelak dari dikenakan GST hingga menjadi bahan troll.
Hari ini, pada jam 7.34 pagi, Ahmad Maslan memuat naik dua keping gambar yang menunjukkan teknik memasak di laman Twitternya.
“Resepi saya dan digoreng sendiri: Sayur, telur, cili, nasi, garam, daging, bawang, ayam, minyak dan gas masak. Tiada GST!,” ujarnya di Twitter.
Berdasarkan kapsyen tersebut, beliau dilihat ingin menyatakan bahawa tidak semua barangan mentah atau runcit dikenakan cukai.
Pilihan untuk memasak sendiri di rumah adalah langkah yang bijak bagi mengelak dikenakan cas tambahan GST daripada memilih makan di luar. Namun, muat naik itu ternyata mengundang pelbagai reaksi negatif daripada pengguna media sosial lain. Resepi nasi goreng Ahmad Maslan trending di laman Twitter.