1 comments

Agong Ada Kuasa Untuk Singkirkan PM Dengan Syarat Pelembagaan Perkara 40

Agong Ada Kuasa Untuk Singkirkan PMAgong Ada Kuasa Untuk Singkirkan PM Dengan Syarat Perlembagaan Perkara 40

Satu artikel yang menarik ditulis oleh seorang bernama Zulhazmi Shariff di facebook yang menyatakan Yang Dipertuan Agong ada kuasa untuk singkirkan Najib dengan syarat perlembangaan perkaran 40.

Posting yang ditulis itu mendapat perhatian nitizen yang tidak sukakan pemerintahan dibawah Perdana Menteri Malaysia sekarang iaitu Dato’ Seri Najib Razak. Namun, sejauh manakah kebenaran mengenai posting yang ditulis oleh saudara Zulhazmi Shariff ini?

Mari kita baca posting penuh dari beliau.

Ditulis oleh: Zulhazmi Shariff

YDPA Boleh Menitahkan Ahli Parlimen Datang Mengadap

Yang Dipertuan Agong(YDPA) boleh menitahkan Ahli Parlimen datang mengadap dan nyatakan adakah masih menyokongan PM Malaysia

Dalam ceramah malam tadi antara yang aku sebut ialah kita sebagai rakyat Malaysia amat mengharapkan Ke Bawah Duli Tuanku Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong yang memayungi seluruh rakyat agar menggunakan kuasa sedia ada ke Bawah Duli Tuanku di bawah Perlembagaan Persekutuan untuk memanggil mengadap memanda Perdana Menteri meminta Perdana Menteri menyembah maklum situasi negara yang semakin teruk di bawah pentadbiran beliau.

Ke Bawah Duli Tuanku boleh menggunakan Perkara 40 Perlembagaan Persekutuan memanggil seluruh Ahli Parlimen menyatakan pendirian mereka tentang negara dan Perdana Menteri samada mereka masih menyokong Perdana Menteri atau sebaliknya.

Perkara Ini Pernah Berlaku di Peringkat Negeri

Perkara ini tidak pernah dibuat di peringkat Persekutuan tetapi pernah berlaku di peringkat negeri. Di Kedah suatu ketika, Jemaah Pemangku Sultan memanggil mengadap semua Ahli Dewan Undangan Negeri menyatakan pendirian yang akibatnya Mukhriz kehilangan sokongan dan terpaksa melepaskan jawatan Menteri Besar.

Ini semua diperuntukkan oleh Perlembagaan dan Ke Bawah Duli Tuanku yang menjadi penaung seluruh rakyat harus mengambil tindakan pro-aktif ini demi kepentingan negara.

Tiada salahnya kita sebagai rakyat dan warganegara Malaysia yang sah memohon Seri Paduka Baginda melaksanakan kuasanya yang diperuntukkan oleh Perlembagaan.

Tindakan ini perlu kerana siapa pun kita, tanggungjawab menjaga kepentingan negara adalah hak bersama kerana Malaysia adalah hak kita bersama.

TERUS BERJUANG

ZULHAZMI SHARIFF
24/12/2016
Alor Setar

One Response

Reply