no comments

ADUN Sungai Air Tawar, Kamarol Zaki Meninggal Dunia

ADUN BN Sungar Air Tawar, YB Kamarol Zaki Meninggal Dunia

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sungai Air Tawar, Selangor, YB Kamarol Zaki Abdul Malik meninggal dunia di kediamannya, di Kampung Sungai Air Tawar, pagi tadi.

Allahyarham ditemukan dalam keadaan tidak sedarkan diri di rumahnya di Sungai Air Tawar.

Utusan Online melaporkan, Pegawai Khas Allahyarham, Mohamad Fariq Roslan ketika mengesahkan kematian itu berkata, arwah ditemukan tidak sedarkan diri kira-kira pukul 9 pagi ini selepas gagal dihubungi sejak awal pagi.

“Sepatutnya beliau menghadiri program Ziarah Kasih Sedetik Bersamamu di Kampung Sekendi pagi ini,” katanya kepada Utusan Online.

Allahyarham yang berusia 59 tahun adalah timbalan ketua Umno Sabak Bernam dan ketua Umno cawangan Sungai Air Tawar.

Dalam pilihan raya umum yang lalu, Allahyarham yang mewakili Barisan Nasional (BN) mengalahkan calon PAS Wahid Rais dengan majoriti 1,416 undi.

Sementara itu, pemandunya Mohd Sufaat Salimin dipetik Bernama berkata, kematian Kamarol Zaki disedari kira-kira pukul 8 pagi ketika beliau mahu mengambilnya untuk menghadiri satu program di kawasan DUN berkenaan hari ini.

Menurut Mohd Sufaat, menyedari Allahyarham tidak keluar dari kediamannya, beliau terpaksa bertindak memecahkan pintu dan menemui Kamarol Zaki terbaring tidak sedarkan diri di ruang tamu kediamannya.

Allahyarham merupakan Timbalan Ketua Umno Bahagian Sabak Bernam dan Ketua UMNO Cawangan Sungai Air Tawar.

Ketua Polis Daerah Sabak Bernam, Supt Nor Azmi Isa ketika dihubungi Bernama, mengesahkan kematian Kamarol Zaki, namun tidak dapat memberikan maklumat lanjut ketika ini.

Sementara itu, Pengerusi Badan Perhubungam UMNO Selangor, Tan Sri Noh Omar dilaporkan berkata, UMNO Selangor kehilangan seorang pemimpin yang banyak berjasa kepada rakyat. Noh merakamkan ucapan takziah kepada semua anggota keluarga dan kepimpinan UMNO Sabak Bernam atas pemergian Allahyarham.

Setiausaha PAS Selangor, Mohd Khairuddin Othman pula berkata Allahyarham dikenali sebagai seorang yang peramah dan sentiasa aktif dalam perbahasan sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) sewaktu hayatnya.

Astro Awani

Reply

facebook KLIK PANGKAH 2 KALI UNTUK TUTUP Button Close