no comments

Adira Mengaku Telah Menjadi Isteri Kedua

Adira Mengaku Telah Menjadi Isteri Kedua.jpg

Penyanyi, Adira, 24, mengesahkan yang dia kini telah menjadi isteri kedua kepada Datuk Seri selepas berkahwin dengan lelaki itu kira-kira tiga minggu yang lalu.

“Memang betul saya sudah berkahwin dan isteri kedua kepada Datuk Seri Adnan Abu. Saya berdiam diri bukan kerana nak lari atau menyembunyikan perkara sebenar, sebaliknya saya mahu menjaga hati banyak pihak.

“Perincian berkenaan majlis kami, saya tak mahu kongsi kerana lebih baik pihak lelaki yang memaklumkan perkara itu,” katanya.

Desas-desus mengatakan Adira atau nama sebenarnya Siti Adira Suhaimi berkahwin dengan lelaki itu tersebar sejak Khamis lalu.

Perkara itu dikongsi isteri pertama lelaki terbabit apabila wanita menggunakan nama Datin Red membuat pendedahan di ruangan komen gambar dimuat naik di Facebook miliknya bahawa dia dan Adira berkongsi suami.

Difahamkan, suami Adira adalah seorang ahli perniagaan.

Reply

facebook KLIK PANGKAH 2 KALI UNTUK TUTUP Button Close