Adik Kandung Cakap Farid Kamil Sakit Mental Rindukan Anak, Tapi Disangkal Pula Diana Danielle!
“Farid mengadu sudah lama tidak bertemu dengan dua orang anaknya iaitu Muhammad dan Nur Aurora,” kata Fadzil Zahari, adik kandung kepada pelakon Datuk Farid Kamil.
Fadzil tidak menolak kemungkinan abangnya mempunyai masalah mental atau mengalami tekanan perasaan.
“Saya bertemu Farid tiga hari sebelum dia ditahan dan dia ada mengadu katanya tidak bertemu dengan anak-anaknya sudah dua hari.
“Masa jumpa dekat balai pun dia tanya soalan sama, memang dia merindui anak-anaknya. Ada juga kemungkinan Farid mempunyai masalah mental atau tekanan perasan,” kata Fadzil.
Sementara itu, seorang lagi adiknya, Anis Anwar berkata, Farid sudah lama menanggung tekanan perasaan dan keluarga tidak mengetahuinya kerana pelakon itu seorang yang terlalu berahsia.
Tambahnya, buat masa ini Farid memerlukan sokongan orang terdekat dan mereka ada merancang untuk membawa pelakon itu mendapatkan rawatan kaunseling.
“Tekanan itu sudah lama Farid tanggung. Dia seorang perahsia dan tidak mahu beritahu masalah yang dialami kerana tidak mahu menyusahkan keluarga dan sekarang ia berlanjutan hingga ke tahap ini.
Menurutnya, “Farid bukan seperti yang dikatakan dan yang diviralkan. Apa yang orang kata tentang dia semuanya tidak benar. Buat masa sekarang dia memang sangat memerlukan sokongan daripada orang paling rapat dengannya.”
Bagaimanapun, Datin Diana Danielle, menafikan kenyataan adik iparnya, Fadzil Zahari yang mendakwa suaminya, Datuk Farid Kamil sudah lama tidak berjumpa dua anak mereka.
“Farid dikatakan tertekan sebab tak dapat jumpa anak, tidak benar. Kenyataan Fadzil itu tidak betul sama sekali. Suami masih berjumpa anak,” katanya.
Ditanya mengenai penjagaan anak mereka, Diana enggan mengulas lanjut.
“Soalan itu tidak ada kena mengena dengan kes Farid. Saya tak nak komen apa-apa.
“Terima kasih kerana memberi saya dan keluarga ruang privasi. Sebarang komen tidak dapat menyelesaikan apa yang sudah terjadi,” katanya.
Terdahulu, Farid Kamil direman empat hari bagi membantu siasatan selepas menampar anggota polis trafik selain menendang dua orang awam di Kota Damansara, Petaling Jaya, semalam.
Susulan kejadian, Farid Kamil ditangkap serta merta di lokasi dan hasil saringan air kencingnya mendapati positif ganja.
Majistret Zaki Asyraf Zubir mengeluarkan perintah reman terhadap pelakon berusia 37 tahun itu bermula hari ini sehingga Isnin depan bagi membolehkan siasatan lanjut dilakukan mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan, Seksyen 90 Akta Polis, Seksyen 15 (1) (a) Akta Dadah Berbahaya 1952 dan Seksyen 353 Kanun Keseksaan.
Farid dan Diana berkahwin pada 3 November 2012 dan dikurniakan dua cahaya mata, Muhammad, 5, dan Nur Aurora, 3 tahun.
–Mstar, HMetro