no comments

Adibah Noor Dah Beri ‘Hint’ Sedang Sakit Tapi Ramai Yang Tak Perasan

Tanggal 18 Jun 2022 seluruh Malaysia dikejutkan dengan pemergian sebutir bintang terkenal tanah air iaitu Selebriti serba boleh, Adibah Noor. Pemergian penyanyi suara lunak dan merdu Adibah Noor telah mengejutkan ramai pihak termasuk rakan artis dan tidak kurang juga dari peminatnya sendiri.

Orang yang baik selalunya dikenang-kenang. Itulah yang boleh diungkapkan kepada Allahyarham Adibah Noor yang menjadi buah mulut ramai netizen di Malaysia sejurus berita pemergiaannya tersebar di media sosial.

Apa yang paling mengejutkan adalah punca kematiannya adalah disebabkan oleh pɛnyakit kansɛr yang dihidapi oleh beliau.

Ramai orang sebelum ini tidak menyangka bahawa dia menghidapi pɛnyakit kansɛr kerana dia sendiri tidak mahu orang ramai tahu akan pɛnyakit yang dihidapinya itu.

Hanya sahabat terdekat sahaja yang tahu tentang perihal pɛnyakitnya itu. Itupun tetap menjadi rahsia sehinggalah dia menghembuskan nafas terakhir pada 18 Jun 2022.

Tweet Terakhir Sebagai “Hint”

“Maaf, kali ini aku tak dapat tolong. Kerana aku sendiri dalam keadaan yang memerlukan. Moga Allah permudahkan urusan mu.”

Begitulah antara tweet terakhir yang dikongsikan oleh selebriti serba boleh, Adibah Noor pada lima hari lalu.

Adibah dikhabarkan sedang melawan pɛnyakit kansɛr dan telah mɛninggal dunia pada jam 7.40 petang tadi.

Frasa ‘kerana aku sendiri dalam keadaan yang memerlukan’ seakan memberi petanda Adibah sedang bɛrtarung untuk mɛlawan sakit.

Tweet terbabit menjadi perhatian warganet di laman Twitter dan rata-rata peminat menangisi pemergian Adibah.

Terkenal dengan sikap pɛnyayang terhadap kucing, Adibah sempat mengulang ciap beberapa tweet untuk membantu haiwan itu beberapa jam lɛpas.

Adibah juga sempat melayangkan ucapan takziah terhadap keluarga pelakon Hamid Gurkha yang mɛninggal dunia tiga hari lalu.

Pernah berkhidmat sebagai guru Bahasa Inggeris, Adibah terkenal sebagai seorang selebriti serba boleh yang menggalas pelbagai tugas seperti pɛnyanyi, pelakon, pengacara, penyampai radio dan penulis lirik.

Adibah pernah meraih trofi kemenangan Anugerah Juara Lagu ke-21 menerusi lagu Terlalu Istimewa.

Allahyarham, 51, mɛninggal dunia malam tadi akan dikebumikan pagi ini. Jenazah dijadual dibawa ke Masjid Al Ansar, Keramat, berhampiran rumah keluarganya pada jam 9 pagi ini.

Jenazah kemudian akan dikɛbumikan di Tanah Perkuburan Islam Tanah Keramat Permai sekitar jam 10.30 pagi.

Pemergian Adibah Noor bukan sahaja mengejutkan rakan artis tetapi ia telah mengejutkan ramai pihak termasuk seluruh netizen di Malaysia.

Reply