Ada Yang Sangkal Bob Lokman Bukan Keturunan Tok Kenali, Lelaki Ini Buat Pendedahan Sebenar
Minggu ini adalah minggu sedih buat rakyat Malaysia atas perginya Bob Lokman atau nama sebenar Mohd Hakim Bin Lokman pada 23 September 2022.
Ramai yang tidak mengenali sosok sebenar arwah Bob Lokman yang rupa-rupanya adalah dari keturunan Tok Kenali. Salah seorang Ulamak Ulung yang sangat terkenal dalam sejarah perkembangan Islam di Negeri Kelantan.
Bob Lokman adalah cicit kepada Tok Kenali dan perkara ini turut diakui dengan melihat kepada salasilah sebenar keturunan arwah.
Namun ada sesetengah pihak atau netizen yang tidak percaya akan perkara ini dengan menyatakan “jangan memandai-mandai” dan menyatakan arwah Bob Lokman bukannya dari keturunan Tok Kenali.
Pendedahan individu dengan nama facebook Tengku Daeng Mawelle terus buat kita tergamam apabila beliau mendedahkan fakta dan bukannya sekadar cerita dongeng berkenaan keturunan arwah.
Dalam perkongsian facebook beliau, Tengku Daeng menyatakan
Saya buat post ni sebab ada yang pertikaikan dan berkata pada saya jangan “memandai²” Kononnya
Allahyarham Bob Lokman bukannya cicit kepada Tok kenali . Siap maki saya lagi,Tak tahulah apa masalahnya.
Nama sebenar Bob Lokman adalah Mohd Hakim Bin Haji Lokman Bin Tuan Guru Haji Ahmad @Tok bakok Bin Tuan Guru Muhammad Yusuf @ Tok Kenali.
Datuk kepada Bob Lokman adalah Tuan Guru Haji Ahmad @ Tok Bakok yang merupakan anak sulung kepada Tok Kenali.
Walaupun arwah bob lokman terjun dalam bidang seni atapun industri hiburan , dan menghabiskan separuh usianya didalam dunia hiburan tapi beliau tidak pernah tinggalkan agama. Di usia tuanya beliau banyak berdakwah dan membuat kerja² bantu masyarakat.
Mana tumpahnya kuah kalau bukan ke nasi , Dan buah yang gugur takkan jauh dari pohonnya. Keberkatan dari keturunan yang soleh , berkat dari doa dan amalan datuk moyang kita itu juga sedikit sebanyak memberikan peranan penting buat keturunan kita. Setelah melalui berbagai ujian dalam kehidupan akhirnya Bob Lokman menghembuskan nafas terakhirnya pada hari jumaat semalam .
Allahyarham Bob Lokman pernah membuat coretan ketika beliau sakit ,
“Selepas segala kegembiraan dan kesedapan aku lalui, standard sudah berubah.Selera makan dan ghairah kehidupan sudah menurun sampai ke peringkat menunggu.
Hari ini kau semua datang kembali dalam realiti dan kenangan dan aku mula mengerti bahawa hubungan kita tidak hanya sampai sini, cuma mungkin aku yang akan mendahului dengan faktor yang aku miliki.
Sahabatku, terima kasih atas segala bantuan dan aku membalas dengan mohon hembuskan aku ke syurga dan doamu jika nama ku gugur dahulu di Lauhul Mahfuz.
Semoga Allah mengampuni dosa²nya dan menerima segala amal ibadahnya ,dan menempatkan Roh Allahyarham Mohd Hakim Bin Lokman bersama hamba²Nya yang soleh .
Bissiril Fatihah
*Jangan cepat menilai dan menghukum seseorang, jangan pandang serong pada anak seni kerana mereka ada cara tersendiri untuk membawa dan berdakwah agama islam.
*Kalau nak tahu serba sedikit mengenai perjalanan hidup arwah bob lokman cubalah cari bukunya Aku , Isabella dan Tok Kenali.
Pendedahan ini sekaligus telah menyangkal dakwaan kononnya arwah bukanlah dari keturunan Tok Kenali, malah arwah sendiri ada menghasilkan sebuah buku yang bertajuk ” Aku, Isabella dan Tok Kenali” yang pernah mendapat sambutan hangat pembaca sebelum ini.
Dalam satu rakaman lain juga, arwah pernah berkongsi cerita tentang keturunan beliau yang diakui sendiri oleh beliau dalam satu rakaman ceramah beliau dari video ini.
Semoga perkongsian ini dapat memberikan info yang sebenar sekiranya terdapat beberapa pihak yang tidak mendapatkan maklumat yang betul. Pada masa yang sama, kita harus berusaha menjadi insan yang mampu berbakti kepada masyarakat dengan meninggalkan kesan yang positif dan impak yang baik. Tanpa mengira anda dari keturunan apa sekalipun.
Namun, adalah sangat baik, jika kita dikenali sebagai keturunan orang yang baik-baik, maka kita harus seiring membawa nama baik itu terus kepada generasi akan datang yang bakal dilahirkan nanti.